Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran Orient Express dibuka rasmi di Gardens by the Bay

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang ingin merasai pengalaman mewah dunia silam melalui tren Orient Express yang terkenal, akan mendapati pameran yang telah dirombak itu sebagai tiket semata.



Orient Express di Gardens by the Bay mempamerkan dua gerabak tren asal yang dihantar dari Perancis ke Singapura tahun lepas.



Gerabak tren itu termasuk sebuah gerabak terbuka panjang yang digunakan untuk menyimpan bagasi, barangan dan bekalan ketenteraan - satu daripada tiga gerabak terakhir seperti itu di dunia.



Tren itu turut mempamerkan karya yang diinspirasikan daripada tren tersebut seperti novel 'Murder On The Orient Express' yang ditulis oleh penulis cerita misteri Agatha Christie pada 1934 dan telah dijadikan beberapa filem.



Pameran itu, yang dianjurkan oleh Visionairs in Arts, dan telah dibuka rasmi pada Rabu lalu oleh Presiden Halimah Yacob, pada awalnya dijangka berlangsung hingga Jun, namun kini ia telah dilanjutkan hingga ke September.



Ia juga kini memaparkan ciri baru seperti menu istimewa yang dicipta oleh cef bintang Michelin, Yannick Alleno, di kedai makan Pop-Up Orient Express.



Kanak-kanak juga boleh mempelajari lebih mendalam tentang tren ini melalui buku yang akan dijual di butik.



Rakyat Singapura boleh menggunakan baucar SingapoRediscovers untuk membeli tiket bagi melawat tempat tarikan itu melalui platform Klook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >