Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran papar usaha pulihara barang bersejarah

NHB
Aug 26, 2021 | 05:30 AM



USAHA balik tabir memulihara barangan bersejarah sebelum menjadikannya sesuai dipamer di muzium kini menjadi tumpuan satu pameran baru.



Ia memaparkan empat contoh artifak yang dipulihara - berus gigi banduan semasa Perang Dunia Kedua, baju cheongsam seorang sosialit di Singapura, lukisan sebuah kapal candu abad ke-19, dan lukisan panaroma oleh pelukis Britain Stephen Wiltshire.



Dianjurkan Lembaga Warisan Negara (NHB), pameran itu sedang berlangsung di Perpustakaan Awam Central hingga 30 September. Ia kemudian akan dibawa ke perpustakaan awam lain hingga Februari tahun depan, termasuk di Bishan pada Oktober dan Jurong West pada November.



Menurut satu kenyataan NHB semalam, ia sebahagian daripada pameran bergerak NHB yang membawa pelbagai aspek sejarah Singapura lebih dekat kepada orang ramai.



Pameran itu turut memaparkan konservator Pusat Pemuliharaan Warisan yang memulihara aneka jenis barangan, seperti kain, kertas, objek hingga lukisan.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai proses dan peralatan yang digunakan konservator untuk memulihara barangan itu.



Antara barangan yang dipapar ialah berus gigi milik banduan dari Australia, Sarjan John Ritchie Johnston, yang ditahan di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.



Satu lagi ialah cheongsam mendiang Cik Aw Cheng Hu, anak Encik Aw Boon Par, anggota keluarga pemilik Haw Par Corporation yang menghasilkan produk Tiger Balm dan menubuhkan Haw Par Villa.



Pengarah Pusat Pemuliharaan Warisan, Cik Ong Chiew Yen, berkata setiap barang dalam Koleksi Negara itu memaparkan kisah di sebaliknya, yang merupakan sebahagian daripada sejarah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >