Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran selami sekitaran dinamik maritim

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



INDUSTRI perkapalan global telah menjalani berbagai perubahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Bagaimanapun, sedang industri itu berdepan dengan cabaran ekoran daripada ketidaktentuan geopolitik, penyatuan industri, tekanan pengawalan dan teknologi yang mengganggu, namun ada juga tanda-tanda pemulihan yang positif.



Lantaran itu, Minggu Kelautan Singapura (SMW) 2018 kali ini dianjurkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), dengan bertemakan "Kedudukan bagi Pertumbuhan Masa Depan - Mendorong Ketersambungan, Inovasi dan Bakat".



Berlangsung mulai hari ini hingga 29 April, berbagai acara menarik dianjurkan sempena SMW yang ke-13 itu.



Menurut kenyataan MPA, wawasan bagi Singapura menjadi hab kelautan global untuk ketersambungan, inovasi dan bakat telah digariskan dalam Semakan Strategi Pusat Kelautan Antarabangsa (IMC) 2030 serta Rancangan Perubahan Industri Pengangkutan Laut.



SMW adalah wadah utama untuk industri berkumpul dan membincangkan tentang isu-isu yang mendorong landskap kelautan serantau dan antarabangsa.



Salah satu acara menarik ialah pameran awam, yang dibuka secara percuma kepada orang ramai pada 21 hingga 29 April, menurut kenyataan itu.



Pameran di Suntec City itu akan menampilkan bagaimana berbagai masyarakat bekerjasama untuk mengukuhkan kedudukan industri kelautan Singapura bagi masa depan menerusi pameran interaktif dan projek inovatif.



Dalam kenyataannya, Ketua Eksekutif MPA, Andrew Tan berkata ini adalah masa yang menarik untuk industri kelautan.



"Dengan kemunculan Industri 4.0, kebangkitan e-perniagaan dan perubahan pada rantai bekalan logistik global, industri ini perlu berubah.



"Justeru, SMW 2018 tidak akan hanya mengumpulkan individu penting dalam industri kelautan global, tetapi juga ketua perniagaan dan pakar utama daripada sektor bukan kelautan dan sektor yang relevan dengan kelautan bagi mendalami sekitaran kelautan dinamik," ujar Encik Tan.



Menurut beliau, menerusi acara seperti - Ceramah Kelautan Singapura, Forum Perspektif Global yang pertama kali dianjurkan dan Sidang Teknologi Maritim Singapura yang ketiga - para anggota panel dan peserta tidak akan hanya membahaskan tentang trend baru tetapi juga strategi baru dalam industri kelautan bagi masa depan.



Encik Tan menambah, sedang perkembangan teknologi dan inovasi mengubah maritim dan industri lain, maka kededua topik itu akan diterapkan dalam acara itu tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >