Pameran seni lukis, karya visual artis setempat di WGS, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pameran seni lukis, karya visual artis setempat di WGS

Dec 18, 2020 | 10:21 PM

WADAH untuk karyawan seni melukis dan seni karya visual perlu disediakan untuk memastikan lebih ramai penggiat seni dan bakat tempatan dapat mempamerkan karya mereka di Singapura.

Antara tujuan Wisma Geylang Serai (WGS) dibangunkan adalah untuk menjadikannya salah satu pusat di mana beraneka seni boleh ditampilkan untuk masyarakat.

Demikian dikongsi Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Dr Mohamad Maliki Osman dalam pelancaran, pameran Seni Kita di studio Kamal Arts yang terletak di WGS pada Jumaat (18 Disember).

“Hari ini kita melihat bagaimana kita dapat memberi peluang bagi bakat-bakat dan para pelukis serta pegiat seni visual kita untuk mempamerkan karya mereka.

“Saya begitu bangga melihat bukan sahaja para karyawan dan artis mapan kita yang mempamerkan lukisan-lukisan mereka tetapi juga yang muda,” kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Idea bagi pameran SeniKita diilhamkan pengasas Studio Kamal Arts, Encik Kamal Dollah dan Jabatan Jalur Budaya Geylang Serai sebagai respons untuk menyokong artis tempatan serta meningkatkan penghargaan seni dalam masyarakat Melayu di tengah-tengah tempoh yang mencabar ini.

Sebanyak 62 karya seni visual telah di hantar kepada SeniKita, semasa panggilan terbuka untuk seni visual yang dihasilkan masyarakat Melayu yang dilancarkan antara 1 Oktober hingga 13 November.

Encik Kamal bersama-sama dengan pengamal dan pendidik seni mapan lain Encik Ahmad Abu Bakar dan Encik Suhaimi Sukiyar kemudian memilih karya untuk dipamerkan.

Berdasarkan kriteria penilaian karya dari segi mutu seni dan konteks mesej, hanya 45 karya seni visual oleh 38 artis dipilih untuk pameran tersebut.

Mengulas mengenai pameran tersebut, Encik Kamal  berkata:

“Kami telah memulakan usaha ini untuk menyatukan pelukis-pelukis Melayu setempat dalam pameran supaya berkenal mesra dan dapat saling menyokong.

“Permohonan untuk penyertaan bagi tahun ini amat menggalakkan. Corak dan gaya sangat berlainan, juga jurang umur dan tahap kemahiran,” katanya.

Berkongsi harapannya untuk pameran ini, Encik Kamal berkata pameran itu bukan hanya untuk mempertingkatkan penghargaan seni di kalangan masyarakat tetapi juga memajukan seni dan menyokong seniman tempatan dengan membeli karya mereka sekiranya berkenan.

Dalam usaha untuk mengukuhkan penghargaan seni dalam masyarakat, SeniKita turut mengadakan pelbagai aktiviti secara fizikal dan dalam talian.

Antaranya termasuk sesi perkongsian bersama para artis yang terlibat dalam pameran SeniKita pada 19 Disember 2020 dari 3 hingga 5 petang.

Selain itu, SeniKita turut mengadakan dua bengkel melukis pemandangan dengan menggunakan pastel bersama Cik NurulJannah Naharudin, salah satu pelukis yang terlibat dalam pameran tersebut.

Bengkel tersebut akan diadakan berasingan pada 26 Disember 2020 dan 2 Januari 2020 dari 3 petang hingga 5 petang dengan bahan yang diperlukan disediakan.

Kedua-dua ceramah dan bengkel yang akan diadakan itu dihadkan kepada hanya 10 orang bagi setiap sesi. Orang ramai juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti tersebut di laman Facebook, Kamal Artshop.

Untuk mendaftarkan diri atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti tersebut, hubungi  6344 3369.

Pameran SeniKita  dibuka kepada orang ramai mulai 19 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 dari 10 pagi hingga 8 malam setiap hari di WGS, #04-05. Masuk percuma.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map