Pameran susuri perkembangan GERAKAN BURUH
Jul 15, 2019 | 05:30 AM
Pameran The ReUnion di Glass Atrium, Muzium Negara, mengetengahkan sejarah gerakan buruh sejak 1940-an dan sempena meraikan ulang tahun ke-50 Seminar Kesatuan Sekerja mengenai 'Pemodenan Gerakan Buruh' atau 'Modernisation of the Labour Movement'. Dianjurkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), pameran yang dirasmikan Presiden Halimah Yacob baru-baru ini berlangsung sehingga 10 November 2019. Masuk adalah percuma. Berita Minggu (BM) membawa anda mengintai beberapa artefak bersejarah yang dipamerkan.