Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran teroka alam kesusasteraan Melayu lama

Aug 18, 2017 | 05:30 AM



MANUSKRIP awal, dunia kesusasteraan, kisah sejarah dan percetakan yang berkaitan dengan alam Melayu, termasuk yang dibawa dan disatukan buat pertama kali di Asia Tenggara dari Britain dan Belanda, kini dapat disaksikan dalam satu pameran yang dilancarkan semalam dan akan berlangsung selama enam bulan.



Ceritera di Alam Melayu: Manuskrip dan Naskhah Awal yang diadakan sehingga 25 Februari 2018 dan mengetengahkan lebih 140 bahan itu meneroka kesusasteraan tradisional Melayu yang dirakam dengan menggunakan dakwat di atas kertas - daripada manuskrip tulisan tangan kepada buku litograf awal.



Timbalan Pengarah, Kandungan dan Perkhidmatan (SingSEA & Pameran), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Cik Tan Huism, berkata:



"Pameran ini adalah sesuatu yang jarang diadakan bagi kita di Singapura. Pengunjung boleh melihat lebih 140 manuskrip dan buku kesusasteraan Melayu yang jarang ditemui."



Pameran itu merupakan koleksi Singapura dan Asia Tenggara (SingSEA) oleh NLB hasil gandingan dengan Perpustakaan Britain, Royal Asiatic Society of Great Britain dan Ireland serta Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda.



Pameran di Bangunan NLB di Gallery Tingkat 10 itu dirasmikan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Dibahagikan kepada lima zon iaitu Pengenalan, Dunia Manuskrip, Pasaran Manuskrip, Daripada Tulisan Kepada Cetakan, dan Kisah Malar Segar menerusi karya yang dihasilkan, ia memberi gambaran tentang masyarakat masa lalu.



Di samping itu, ia turut mengetengahkan kesan percetakan pada manuskrip tradisi dan bagaimana Singapura pernah menjadi hab percetakan penting bagi rantau ini pada akhir abad ke-19.



Antara daya tarikan pameran tersebut ialah naskhah tertua dan paling dikenali dalam kesusasteraan Melayu, iaitu Sulalat al-Salatin, yang merakamkan salasilah kesultanan Melaka dari 1400 hingga 1511 atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.



Naskhah yang dipamerkan dan dikenali sebagai Raffles 18 itu pernah dimiliki oleh Sir Stamford Raffles dan dipercayai merupakan salah satu naskhah semakan awal daripada teks asli. Ia menyingkap ketibaan Sang Nila Utama ke pulau Temasek lalu menubuhkan bandar bernama Singapura.



Seiring dengan pameran tersebut, di lobi bangunan NLB pula terdapat paparan filem Melayu lama yang membawa pengunjung menyusuri era lewat 1950-an dan awal 1960-an apabila Singapura pernah menjadi hab penerbitan filem Melayu.



Sedutan tujuh filem yang dihasilkan Cathay Keris dan Shaw Brothers turut diketengah. Ia dipapar seiringan dengan majalah filem Melayu.



Pelbagai acara sampingan turut diadakan misalnya pameran bergerak di empat cawangan NLB di Geylang East, Ang Mo Kio, Jurong West dan Perpustakaan Daerah Jurong mengenai kisah sang kancil.



Turut hadir semalam ialah Timbalan Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Hadijah Rahmat; Ketua Kurator Bahan Asia Tenggara di The British Library, Datuk Dr Annabel Teh Gallop; penyelidik Universiti Leiden, Cik Liesbeth Ouwehand; dan Pengarah Royal Asiatic Society, Dr Alison Ohta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >