Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran WGS papar karya 5 pakar batik setempat

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



SATU pameran yang menampilkan karya terbaik pelukis batik Singapura dilancarkan di Galeri Kamal Arts di Wisma Geylang Serai (WGS) kelmarin.



Pameran Lakar Lilin itu menyatukan lima pakar pelukis batik setempat - Encik Sarkasi Said, Encik Sujak Rahman, Encik Sadali Musbah, Encik Tumadi Patri dan Encik Kamal Dollah.



Karya-karya mereka melestarikan budaya lukisan batik di Singapura dan mencerminkan kepelbagaian seni dalam ekosistem seni Singapura yang unik dan kebiasaan sosial yang diperluas.



Pameran selama lebih sebulan itu merupakan kerjasama antara Kamal Arts dengan Jabatan Kawasan WGS.



Turut hadir melancarkan pameran itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman.



Dr Maliki berkata: "Sektor seni sentiasa mempunyai tempat istimewa di Wisma Geylang Serai sebab kami adalah pusat sivik seni dan budaya Melayu.



"Lakar Lilin adalah pameran unik kerana ia menghimpunkan Pakar Artis yang mengongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam memupuk seni lukisan batik kepada umum terutamanya generasi muda."



Dr Maliki menambah WGS sebagai nadi Jalur Budaya Geylang Serai merupakan tempat terbaik untuk mengadakan pameran yang mudah diakses kepada orang ramai.



"Kami berharap semua orang, dan bukan hanya mereka dalam masyarakat seni, akan ke pameran ini di Galeri Kamal Arts di tingkat 4 dan mendalami koleksi lukisan batik yang cantik ini," katanya.



Pameran Lakar Lilin akan dibuka kepada umum hingga 31 Mei daripada 10 pagi hingga 6 petang.



Tiada bayaran dikenakan untuk melawat pameran itu.



Selain pameran awam itu, kegiatan dalam talian seperti perbincangan pelukis dan bengkel melukis dan pencelupan warna juga akan diadakan untuk mendekati masyarakat mengenai seni lukisan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >