Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pampasan penuh bagi bekas pelatih SCDF cedera parah dalam nahas motosikal

Apr 29, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas pelatih paramedik Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF), yang mengalami kecederaan otak traumatik setelah motosikal yang diboncengnya bertembung dengan sebuah motosikal lain, akan menerima pampasan penuh dalam tuntutan kecuaian oleh keluarganya terhadap kedua-dua penunggang motosikal terbabit.



Bagaimanapun, jumlah muktamad yang akan diterima Cik Nuruljannah Mohammad Razib belum ditentukan kerana masih dalam penilaian, walaupun ia dianggarkan besar berdasarkan garis panduan dan kes lalu.



Keputusan itu dicapai selepas perbicaraan di Mahkamah Negara semalam.



Peguam daripada Hoh Law Corporation, yang mewakili keluarga Cik Nuruljannah, Cik Jamie Yeo berkata:



"Hari ini, kami mencapai persetujuan liabiliti dan akan meneruskan tahap tuntutan berikutnya, iaitu menilai jumlah ganti rugi.



"Ia satu perjalanan panjang dan kami akan terus bekerjasama dengan keluarga, doktor dan majikan dalam kes ini."



Akibat kemalangan jalan raya pada 11 Februari 2019 itu, Cik Nuruljannah, kini 24 tahun, mengalami kecederaan serius, termasuk keretakan di tengkorak serta kecederaan di tulang belakang, muka dan tangan.



Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu terlantar di Hospital Besar Changi (CGH) hampir setahun, termasuk sebulan dalam unit jagaan rapi (ICU) dan hampir dua bulan di unit pergantungan tinggi (HDU).



Beliau bersama seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) SCDF sedang dalam perjalanan ke sebuah acara kerja apabila motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Bartley Road East.



Kedua-dua penunggang motosikal itu mengalami kecederaan pada tubuh mereka dan anggota NSF yang menunggang motosikal itu keluar hospital beberapa hari selepas kejadian.



Cik Nuruljannah dijadualkan menamatkan latihan paramedik SCDF dalam sekitar setengah tahun lagi sebelum nahas itu.



Penglihatan di mata kirinya terjejas akibat urat saraf rosak dan jari telunjuk kirinya terpaksa dipotong.



Beliau kini memerlukan penjagaan sepenuh masa oleh jururawat terlatih di rumah.



Meskipun bil hospitalnya ditanggung SCDF, mesin dan alat bagi membantu kehidupan harian serta penyembuhannya dibeli sendiri oleh ibu bapanya.



Bersyukur dengan keputusan itu, ibu beliau, Cik Anisah Salim, berkata: "Alhamdulillah, kami berasa amat lega. Pampasan ini diperlukan untuk kos penjagaan jangka panjang anak saya."



Satu perbicaraan penilaian akan dijadualkan akhir tahun ini, tertakluk pada jadual mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >