Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panama Papers: MOF, MAS periksa data berkaitan Singapura

May 11, 2016 | 10:47 AM



PENGAWAL selia Singapura berkata pada Selasa (10 Mei) mereka sedang mengkaji kebocoran terkini daripada Panama Papers, dan akan mengambil tindakan jika ada warga Singapura yang disebut di dalamnya didapati bersalah melakukan sembarang salah laku.



Kenyataan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) itu dikeluarkan selepas Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) mendedahkan data mengenai kira-kira 200,000 entiti luar pesisir yang ditubuhkan oleh individu kaya di seluruh dunia.



ICIJ memuat naik data itu ke pangkalan data dalam talian yang boleh dicari awal pagi Selasa.



Data tersebut, yang datang daripada arkib hampir 40 tahun Mossack Fonseca, firma guaman Panama yang mengkhususkan diri dalam menghasilkan dan mengendalikan entiti luar pesisir, termasuk rekod beribu-ribu entiti yang ada kaitan dengan Singapura.



"Kami sedang memeriksa kelompok maklumat yang dikeluarkan pagi ini mengenai orang dan entiti yang dikenal pasti dalam Panama Papers," ujar MOF dan MAS.



"Jika ada bukti salah laku oleh sembarang individu atau entiti di Singapura, kami tidak akan teragak-agak mengambil penyeliaan tegas dan tindakan penguatkuasaan."



Panama Papers menjadi tajuk utama di seluruh dunia sedang kekayaan tersembunyi ahli politik utama di negara seperti Iceland dan Ukraine terbongkar.



Bagaimanapun, ICIJ sendiri menyatakan dengan jelas bahawa ada kegunaan sah bagi syarikat dan amanah (trust) luar pesisir.



"Kami tidak berniat mencadangkan atau membayangkan bahawa sembarang orang, syarikat atau entiti lain termasuk dalam pangkalan data itu... telah melanggar undang-undang atau sebaliknya bertindak secara tidak wajar."



Nama dalam Panama Papers yang ada kaitan dengan Singapura termasuk OCBC Trustee Limited, sebuah anak syarikat Bank of Singapore.



Ketua komunikasi korporat OCBC Bank, Cik Koh Ching Ching, menegaskan Bank of Singapore "menjalankan pemeriksaan kawalan ketat untuk memastikan pematuhan peraturan dalaman dan kawal selia, termasuk antipengubahan wang haram dan undang-undang pengelakan cukai" sebelum menerima pelanggan.



Kebocoran itu turut menamakan DBS Bank, yang jurucakapnya berkata: "Berhubung struktur luar pesisir atau amanah, undang-undang mewajibkan kami mengambil langkah-langkah bagi mengenal pasti pemilik benefisial utama dan kami tidak menyokong penggunaan teknik penyembunyian."



Satu lagi nama ialah ketua eksekutif Boustead, Encik Wong Fong Fui.



Naib presiden pemasaran korporat dan hubungan pelabur Boustead, Encik Keith Chu, berkata Encik Wong pengarah dua syarikat luar pesisir yang ditubuhkan firma itu beberapa tahun lalu.



"Kedua-dua syarikat tidak beroperasi dan ditubuhkan untuk memegang pelaburan asing bagi tujuan perniagaan dan perancangan cukai sah, sebagaimana dinasihatkan oleh firma profesional berwibawa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >