Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Panas melampau dan tidak selesa'

Warga SG yang menetap di London kongsi pengalaman hadapi gelobang haba
Jul 25, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA Cik Siti Wilden, warga Singapura yang menetap di Isleworth, London, sejak 2018 banyak menghabiskan masa di dalam rumah dan tidak keluar dari rumah kerana cuaca yang terlalu panas.



Sejak gelombang haba melampau sehingga suhu di Britain melebihi 40 darjah Celsius buat kali pertama pada Selasa lalu, Cik Siti, yang dihubungi semalam melalui panggilan jauh berkata panasnya amat melampau dan menyebabkan rasa tidak selesa.



Cik Siti Wilden, 54 tahun, yang berkongsi pengalaman menghadapi gelombang haba yang lebih ekstrem itu, berkata: "Kami tinggal di rumah tiga tingkat. Seluruh rumah saya panas kecuali tingkat bawah yang lebih dingin. Anak-anak saya memilih duduk di bawah kerana ia lebih sejuk.



"Dalam setahun, haba panas biasanya hanya berterusan hanya tiga hingga empat hari. Tapi tahun ini, ia terlampau panas dan dalam tempoh yang lebih panjang.



"Rumah saya pula hanya ada satu kipas kerana kebanyakan masa cuaca di sini sejuk."



Menurutnya, kebanyakan bagunan kediaman direka untuk mengekalkan haba, memandangkan sebelum ini suhu sejuk merupakan satu kebimbangan utama.



Anaknya, Sofia Putri Wilden, 12 tahun, dan Rayan Putra Wilden, 14 tahun, hanya bersekolah separuh hari kerana sekolah ditutup akibat cuaca panas yang melampau. Mereka digalakkan pulang untuk menyejukkan badan.



"Saya pastikan anak saya mandi air sejuk agar lebih selesa,'' ujarnya.



Suhu tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini di sebahagian besar England turut menyebabkan beberapa laluan kereta api ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.



Permukaan jalan raya dan landasan menjadi cair dan kebimbangan rel akan bengkok kerana infrastruktur di Britain tidak dibina untuk suhu ini.



Penguasa pengangkutan bandar itu menasihati orang ramai supaya menaiki tren hanya untuk perjalanan penting.



Menurut Cik Siti, hanya sebilangan rumah mempunyai penghawa dingin apabila suhu meningkat.



"Selepas ini, saya dan suami akan membeli lebih kipas untuk rumah kami. Saya rasa ramai penduduk akan turut berbuat demikian untuk mempersiapkan diri."



Beliau berharap kerajaan Britain akan membuat perancangan bandar yang lebih sesuai dalam mempersiapkan diri dengan haba ini.



Ini untuk memastikan penduduk tidak akan berada dalam keadaan buntu dan menjejas rutin harian.



Agensi berita AFP melaporkan kebakaran tanah rumput turut berlaku di pinggir London Selasa lalu dengan satu kebakaran memaksa 14 orang dari bangunan ladang, kediaman dan garaj yang terbakar dipindahkan.



Angin sejuk yang bertiup Rabu lalu memberi kelegaan kepada penduduk, namun beribu-ribu anggota bomba terus berusaha mengawal kebakaran yang tercetus di banyak negara Eropah selepas keadaan kering menyerupai kemarau melanda sejak beberapa bulan.



  • Foto dari angkasa lepas tunjuk kesan haba di England




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >