Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pancaragam SPF beraksi di antara acara tatu terbesar dunia

Jul 03, 2018 | 01:17 PM



SERAMAI 65 pegawai daripada Pancaragam Gabungan Pasukan Polis Singapura (SPF) berada di Halifax, Canada bagi menyertai persembahan Tatu Antarabangsa Royal Nova Scotia baru-baru ini.



Acara yang berlangsung dari 26 Jun hingga 2 Julai itu merupakan pertunjukan tatu yang terbesar di dunia dalam ruang tertutup.



Menurut SPF, Pancaragam Gabungan SPF juga merupakan pancaragam pertama dari Asia yang membuat persembahan di acara tahunan tersebut.



Mereka membuat persembahan bersama peserta dari pelbagai negara termasuk Kenya, Brazil, Jordan, Jerman, Australia, Russia dan Amerika Syarikat.



Tema acara itu tahun ini ialah 'Wira dan Legenda' (Heroes & Legends).



Namun selain persembahan yang mengikut tema tersebut, pegawai Pancaragam Gabungan SPF turut mempersembahkan segmen bernama 'Titik Merah Kecil' (The Little Red Dot), yang menunjukkan kebangkitan Singapura menjadi sebuah bandar kosmopolitan yang berbilang budaya selepas melalui zaman perang dahulu.



Dalam pada itu, Pengarah Muzik Pancaragam SPF, Superintenden Amri Amin, berkata peluang menyertai persembahan tatu di Canada itu adalah pengalaman baru bagi Pancaragam SPF kerana ia melibatkan konsep theatrical.



“Pasukan saya dan saya telah bekerja keras sepanjang 12 bulan lalu untuk memastikan bahawa kami hanya menyampaikan persembahan terbaik di sini,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >