Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pancaran cahaya sempena sambutan tahun baru rai usaha warga tangani Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pancaran cahaya sempena sambutan tahun baru rai usaha warga tangani Covid-19

Dec 23, 2020 | 05:30 AM

PERTUNJUKAN lampu berwarna-warni yang memaparkan amalan baik masyarakat Singapura sepanjang tahun ini bakal menghiasi bahagian depan Hotel Fullerton dan Merlion di Marina Bay pada 25 Disember.

Satu lagi pameran lampu, yang merupakan cerminan harapan serta aspirasi Singapura bakal menghiasi bangunan Muzium ArtScience di Marina Bay Sands pada 26 Disember.

Kededua pameran tersebut merupakan sebahagian daripada acara Share the Moment, salah satu unsur menarik dalam acara Marina Bay Singapore Countdown 2021.

Acara sambutan sempena tahun baru yang dipersembahkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) itu dianjurkan dalam format berbeza tahun ini yang mengutamakan keselamatan awam, menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Bagi mengurangkan risiko perhimpunan beramai-ramai di kawasan Marina Bay, tiada pertunjukan bunga api akan diadakan pada malam tahun baru seperti tahun-tahun sebelumnya.

Share the Moment merupakan projek masyarakat yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) dan memaparkan koleksi hasil seni pelajar yang dipancarkan di bahagian depan tiga bangunan ikonik di Marina Bay; Hotel Fullerton, Merlion dan Muzium ArtScience.

Ia merangkumi 17 hasil seni 24 pelajar Maktab Seni Lasalle, Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Politeknik Nanyang (NYP) dan Institut Teknologi Singapura-Sekolah Seni Glasgow (SIT-GSA).

"Inspirasi pelajar untuk menghasilkan seni tersebut diambil daripada usaha pertubuhan dan individu untuk membantu orang lain semasa pandemik Covid-19 dan menggesa masyarakat awam untuk melakukan perkara yang sama," menurut kenyataan itu.

Ini termasuk inisiatif yang diusahakan Beng Who Cooks, gerai yang dimiliki dua belia Singapura yang menyediakan 50 paket makanan percuma bagi warga Singapura yang memerlukan semasa tempoh pemutus litar, walaupun perniagaan mereka sendiri terjejas oleh keadaan itu.

Lukisan yang memaparkan dua pemilik itu, Jason Chua dan Hung Zhen Long, yang sedang memberi makanan kepada orang ramai merupakan satu hasil seni yang akan dipaparkan di bangunan Hotel Fullerton.

Sementara itu, Merlion pula akan dihiasi motif jahitan, hasil seni pelajar SIT-GSA, Cik Nurul Alisyah Zulkifli dan Cik Doreen Goh.

Inspirasi bagi motif itu tercetus oleh kisah orang ramai yang menjahit pelitup untuk masyarakat yang kurang bernasib baik.

Ia juga menggambarkan bagaimana masyarakat dapat bersatu dalam menghadapi cabaran.

Orang ramai boleh menikmati pertunjukan lampu hingga 31 Disember.

Ia akan berlangsung setiap 15 minit dari 8 hingga 10.30 malam setiap hari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3