Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pancing ikan tapi lepaskan semula ke laut?

Pengendali acara kumpulan pemuliharaan marin setempat tunjuk cara pancing secara mampan dalam episod terbaru 'The BM Show'
Feb 27, 2021 | 05:30 AM



BAK pepatah, sambil menyelam minum air.



Begitulah juga buat Cik Nur Shafika Salleh yang mengamalkan tabiat memancing secara mampan atau 'sustainable fishing'.



Sambil-sambil memancing di laut bersama keluarga dan teman-teman, beliau memastikan hobinya itu tidak mengancam alam semula jadi.



Cik Shafika, 30 tahun, ialah anggota dan pengendali acara bagi kumpulan pemuliharaan marin setempat, Marine Stewards Singapore.



Misi kumpulan ini adalah menggalak budaya memancing yang sihat menerusi panduan memancing secara mampan, pendidikan dan program jangkauan kepada fraterniti memancing di sini.



Kumpulan ini merangkumi ahli akademik, pemilik perniagaan memancing, kapten bot dan pemancing.



Ia ditubuhkan pada 2019 oleh penggiat laut Cik Sue Ye.



Cik Shafika menyertai Marine Stewards Singapore pada tahun yang sama.



"Pada masa dahulu, sebelum adanya Marine Stewards, apabila anda dapat ikan kecil, anda akan bawa balik rumah ikan itu dan akan cakap 'alah dah tangkap ikan ini, bawa balik sajalah'.



"Tetapi, apabila Marine Stewards ditubuhkan, saya percaya ramai daripada kawan-kawan saya juga mula lepaskan ikan-ikan kecil. Ada juga yang lepaskan ikan besar yang mereka tidak makan seperti ikan jerung. Jadi, mereka lepaskan ikan-ikan itu dan memancing pada hari lain," ujar Cik Shafika, pemilik bot, Fysh Force, dan perniagaan memancing dalam talian, Alongelines.



Cik Shafika menjelaskan bahawa memancing secara mampan adalah tabiat memancing dengan melepaskan ikan-ikan kecil dan tidak dimakan kembali ke dalam laut untuk membiarkan ia membesar.



Pemancing hanya boleh menangkap dan membawa pulang jenis ikan yang ingin dimakan dan ikan yang telah mencapai saiz matang.



Misalnya, saiz matang ikan selar bulat adalah sepanjang 17 sentimeter.



Bagi menentukan saiz dan jenis ikan apa yang sesuai untuk ditangkap, Marine Stewards Singapore menghasilkan satu panduan dalam bentuk kad yang kalis air.



Dalam panduan itu, yang dijual di laman webnya, ia menggariskan panduan memancing secara mampan termasuk melepaskan anak-anak ikan, tidak boleh menangkap spesies yang sangat terancam seperti ikan kemejan (shovelnose ray), dan hanya menangkap spesies invasif seperti ikan kertang (hybrid grouper).



Kemeja-T Marine Stewards Singapore juga unik, mempunyai ukuran di lengan baju supaya pemancing dapat mengukur saiz ikan yang mereka tangkap.



Ketika ditemui di Raffles Marina baru-baru ini untuk rakaman musim terbaru The BM Show, Cik Shafika turut menunjukkan cara memancing ikan secara mampan.



Beliau menangkap seekor ikan duri kecil, namun disebabkan saiznya, beliau melepaskan ikan itu kembali ke dalam laut.



Mengongsi harapan beliau mengenai usaha memancing secara mampan, Cik Shafika menggesa lebih ramai pemancing di sini mempraktikkan tabiat itu.



Beliau menambah:



"Tidak kira pemancing muda ataupun yang sudah dewasa, anda hanya harus beritahu diri anda sendiri, bukan kepada orang lain, untuk lepaskan ikan-ikan kecil dan tidak dimakan kembali ke dalam laut.



"Sekiranya anda melakukan sedemikian dan menjadi contoh, orang lain akan lihat perbuatan anda dan mereka akan ikut sama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >