Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandangan dijemput bagi langkah tingkat perlindungan untuk golongan terdedah

Jul 28, 2016 | 09:22 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang mendapatkan maklum balas mengenai Rang Undang-Undang Orang Dewasa Terdedah yang dicadangkan.



Rang itu, jika diluluskan, akan membolehkan Negara campur tangan bagi perlindungan dan keselamatan orang dewasa terdedah, ujar MSF.



Ia bertujuan memenuhi keperluan penduduk warga tua, dan orang kurang upaya yang tidak boleh menjaga diri sendiri.



"Pada 2030, akan terdapat lebih 900,000 penduduk berumur lebih 65 tahun, dengan jumlah yang agak ramai bujang atau tidak mempunyai anak," kata MSF. "Warga tua yang mengalami demensia mungkin tidak dapat menjaga diri mereka sendiri. Ini terutamanya membimbangkan bagi mereka yang hidup sendirian."



Bilangan warga tua yang tinggal sendirian dijangka meningkat daripada 35,000 pada 2012 kepada 83,000 pada 2030.



Jangka hayat orang kurang upaya juga semakin panjang, dan lebih ramai dijangka hidup lebih lama daripada ibu bapa mereka.



"Orang tua lemah dan orang meningkat tua yang kurang upaya terutamanya terdedah pada penderaan, pengabaian dan kecuaian diri," kata MSF.



Walaupun ahli keluarga penjaga utama, dan disokong oleh masyarakat dan agensi perkhidmatan sosial, Rang yang dicadangkan itu akan membolehkan Negara campur tangan bagi kes berisiko tinggi.



MSF berkata ia telah mengkaji bidang kuasa di luar negara, termasuk Scotland, Canada dan California di Amerika Syarikat, apabila merangka Rang tersebut.



Draf Rang itu boleh didapati di www.reach.gov.sg/VAA2016.



Orang ramai boleh mengemukakan komen mereka mengenai Rang itu sehingga 11.59 malam pada 23 Ogos melalui e-mel (consultations@msf.gov.sg), faks (6708 7138) dan pos.



Surat boleh dihantar kepada:



Kumpulan Pembangunan Keluarga



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga



20 Lengkok Bahru, # 04-02



Singapura 159053




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >