Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANDANGAN

Hargai 'keistimewaan' peruntukan EP Melayu

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Aug 30, 2017 | 05:30 AM



SAYA sempat berbincang dengan beberapa orang Melayu yang 'rasa tak sedap' penggal Presiden Dipilih (EP) berikut dikhaskan untuk Melayu sahaja.



"Kita tak perlu keistimewaan ini. Lebih baik bertanding dalam persaingan terbuka. Baru ada umph!"



Memang tidak dinafikan ada 'rasa tak sedap'. Tetapi, keperluan untuk seorang Presiden Melayu sudah lama dirasa oleh orang Melayu sendiri. Lebih tepat lagi, sudah lama orang Melayu mengeluh, bimbang kerana sukar mencari Melayu yang layak menjadi calon Presiden, terutama dari sektor swasta.



"Habislah! Tak ada peluang Melayu jadi Presiden lagi!"



Begitulah dikatakan terang-terang secara merutuk sejak sistem Presiden Dipilih bermula pada 1993. Tentu anda pernah dengar.



Tetapi, apabila dikhaskan untuk Melayu, mereka bertukar nada. Tiba-tiba rasa tak sedap, tak perlu. Entahlah. Mungkin ada sesetengah orang kerjanya 'asyik menolak dan membangkang' sahaja walaupun pada sesuatu yang baik atau bertujuan baik. Namun, mereka tidak segan bersuara lantang.



Cuba kita halusi persoalan ini dalam rentangan lebih luas, termasuk "kedudukan istimewa" orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan Negara, soal perpaduan antara kaum dan kehadiran memastikan adanya perwakilan berbilang kaum dalam kepimpinan negara.



Ceraian 152 Perlembagaan Negara tegas menyebut perlunya Pemerintah mengambil kira "kedudukan istimewa" orang Melayu dalam pelbagai bidang kehidupan, terutama yang masih perlu disokong dan didukung. Maka itu, ada peruntukan khas seperti berikut:



1. Yuran percuma untuk pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti (tugas pembahagian dananya kini diamanahkan kepada Yayasan Mendaki).



2. Kawasanundi Perwakilan Kumpulan (GRC) yang mewajibkan semua parti politik mengemukakan sekurang-kurangnya seorang calon Melayu. Bermakna, kalau semua calonnya Melayu, boleh. Jika tiada seorangpun Melayu, ditolak. Bukan main istimewanya!



3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, biarpun penduduk Melayu tidak sampai 15 peratus.



4. Lagu kebangsaan berbahasa Melayu sejak kita merdeka.



5. Bahasa perbarisan tentera menggunakan bahasa Melayu.



Kesemua ini ada kaitan langsung dengan Ceraian 152 Perlembagaan Singapura dan sikap serta pendirian pemerintah dalam menterjemahkan maksud dan tujuan Perlembagaan - demi kemaslahatan orang Melayu dan Singapura.



Kita sudah dengar suara-suara keras daripada orang Melayu sendiri, dan sebahagian rakyat bukan Melayu, yang menolak peruntukan jawatan Presiden Dipilih untuk calon-calon Melayu sahaja sebagai "tidak sesuai, tidak perlu, tidak selaras dengan meritokrasi."



Dalam hal ini, saya rasa kita tidak dapat elak untuk menilai kesannya kepada Perlembagaan Negara dan beberapa peruntukan lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam rangka "kedudukan istimewa" orang Melayu.



Andainya diterima umum pandangan bahawa penggal khas untuk orang Melayu ini "tidak sesuai, tidak perlu, tidak selaras meritokrasi", kita harus tanya apakah pandangan yang sama boleh digunakan terhadap peruntukan lain di bawah Ceraian 152 seperti lima perkara yang saya sebut tadi?



Jika pandangan menolak ini diluaskan, tidak hairanlah jika suatu hari nanti pelopor pandangan tersebut akan mendesak pemerintah agar menilai semua atau mengubah peruntukan lain seperti yuran percuma Melayu, jaminan wakil minoriti di Parlimen menerusi GRC, bahasa kebangsaan, lagu kebangsaan dan bahasa Melayu dalam angkatan bersenjata.



Sebab musabab penentanganya sama sahaja seperti yang diketengahkan sekarang - "tidak sesuai, tidak perlu, tidak selaras meritokrasi."



Maka, apa sahaja yang dikelaskan sebagai "tidak sesuai, tidak perlu dan tidak selaras meritokrasi" boleh jadi sasaran.



Bayangkan apa akan terjadi jika semakin ramai orang Melayu setuju dengan pandangan itu? Akan tiba harinya mereka terjebak apabila ia digunakan oleh golongan tertentu sebagai sebab musabab untuk menolak peruntukan dalam senarai yang lima, sedangkan semua itu diperuntukkan selaras dengan pertimbangan Pemerintah mengenai "kedudukan istimewa" orang Melayu.



Saya rasa lebih baik kita menilai dengan meluas dan mendalam kesan dan akibat daripada pendirian ini dalam hal-hal yang boleh memberi kesan-kesan baru dan yang tidak dijangka.



Bukan tidak pernah orang Singapura mempersoal perlunya bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.



Bukan tidak biasa orang Singapura mempersoal perlunya anak Melayu menikmati yuran percuma di semua peringkat pendidikan.



Dan tidak kurang juga mempertikai perlunya sistem GRC untuk menjamin perwa kilan Melayu (dan minoriti lain) di Parlimen dan dalam pasukan kepimpinan negara.



Jangan mudah terikut-ikut dengan pandangan sebilangan orang yang kerjanya "asyik nak menolak dan membangkang" sahaja, tanpa menilai kesan jangka panjang pendirian tersebut.



Ambillah pendoman daripada kedalaman maksud peribahasa Melayu berikut:



Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.



Ia menjelaskan perlunya kita berhati-hati apabila berkata-kata dan membuat pendirian.



Orang tua-tua kita juga mengingatkan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Satu lagi peringatan daripada pengalaman mereka pada masa lalu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



Ayuh! Fikirkan dengan baik dan bijaksana. Tugas kita - pilih calon yang dapat menjalankan tugas dengan cara terbaik dan berdoalah agar Presiden Melayu seterusnya akan menjadi sumber kebanggaan negara dan seluruh rakyat Singapura.



  • Penulis mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >