Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Masyarakat perlu yakin bezakan amalan agama lain dengan unsur budaya

Jan 25, 2020 | 05:30 AM



MASYARAKAT majmuk yang berbilang bangsa dan agama lazimnya saling berinteraksi dan berkongsi ruang dalam banyak aspek kehidupan.



Contohnya, sewaktu musim perayaan sesuatu kaum, kita mungkin dijemput sebagai jiran ataupun teman untuk meraikan bersama.



Dalam hal ini, masyarakat Islam Singapura perlu yakin dan jelas membezakan apa yang merupakan ritual keagamaan penganut agama lain dengan amalan kebudayaan serta tidak menjejas akidah mahupun pegangan agama sendiri.



Selagi ia tidak berkait dengan ritual keagamaan dan hanya unsur budaya, maka ia boleh termasuk dalam perkara yang diharuskan sesuai dengan kaedah fiqah iaitu "hukum asal pada sesuatu adalah harus (dibolehkan)."



Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, sajian 'yusheng' merupakan hidangan yang sinonim dengannya di Singapura dan Malaysia.



Hidangan itu menggabungkan makanan pelbagai warna seperti betik, lobak putih, lobak merah, ikan salmon mentah, kekacang, sayur-sayuran dan sos.



Di Singapura, terdapat juga restoran yang menjual hidangan 'yusheng' halal.



Daripada sudut pandangan Islam, makanan yang halal lagi baik tiada halangan untuk dimakan.



Firman Allah swt yang bermaksud:



"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" (Surah Al-Baqarah ayat 168).



Hidangan 'yusheng' antara adat masyarakat Cina dan tidak ada sangkut paut dengan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang dijemput agar turut serta selama mana makanan yang dihidangkan halal.



Upacara itu juga simbolik terhadap harapan dan tekad agar tahun yang mendatang menjadi lebih makmur dan berjaya.



Azam dan tekad sedemikian tidak bercanggah dengan ajaran agama.



Pandangan ini juga dikongsi oleh ulama yang mengambil kira dan memahami konteks serupa seperti pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.



Semoga dengan keberadaan dan kebersamaan masyarakat Islam bersama teman-teman dan keluarga yang meraikan Tahun Baru Cina, kita akan menjadi duta Islam yang baik dan dihormati.



  • Penulis Timbalan Pengarah di Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >