Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pandemik? Restoran Hjh Maimunah buka satu lagi cawangan 'mini'

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



KEADAAN ekonomi yang tidak menentu bukan penghalang bagi Restoran Hajah Maimunah menebar sayap dan meluaskan perniagaan dengan membuka sebuah lagi cawangan.



Gerai makan berkonsep 'mini' itu merupakan cawangan ketujuh restoran tersebut dan terletak di Kedai Kopi di Yishun 925 dan akan mula beroperasi pada 1 November.



Menurut pengarah urusan restoran tersebut, Cik Mastura Didih Ibrahim, melalui data yang dikumpul melalui khidmat penghantaran restoran itu, beliau mendapati pelanggan yang membuat pesanan makanan dari Restoran Hajah Maimunah tinggal di merata Singapura.



"Jadi pada kami, ini adalah langkah yang munasabah... membuka gerai di beberapa kawasan di merata Singapura supaya makanan kami dapat dinikmati pelanggan.



"Mereka juga sudah tak perlu membayar yuran penghantaran yang begitu tinggi kerana ada gerai yang berdekatan dengan rumah mereka," katanya semasa dihubungi Berita Harian.



Cik Mastura turut menambah, rancangan untuk membuka cawangan di Yishun memang sudah diusahakan sebelum pandemik lagi.



Namun ketiga-tiga lokasi yang ditinjau bagi membuka cawangan 'mini' itu tidak sesuai.



"Tiga lokasi itu kita hampir nak masuk tapi tak jadi sebelum pandemik.



"Tapi akhirnya dapat juga kami buka di Yishun bagi memenuhi permintaan pelanggan kami di kejiranan itu," katanya.



Gerai Hajah Maimunah di Yishun itu serupa dengan cawangan 'mini' lain yang dibuka di pusat makanan Republic Food di City Square Mall, bangunan ibu pejabat Koufu yang terletak di Woodlands Height, di Kopitiam Tampines Mall dan di Bangunan Hong Leong di bawah dewan makan The Basement.



Ini selain dua restoran utama di Joo Chiat Road dan Jalan Pisang.



Menurut Cik Mastura, kededua restoran itu menawarkan pengalaman yang berbeza berbanding lima gerai mini lain.



"Ramai yang bertanya kepada kami kenapa ada hidangan yang tak ditawarkan di gerai mini kita, seperti ikan bakar dan tahu telur.



"Fokus gerai mini kita adalah hidangan yang popular di kalangan pelanggan, seperti rendang dan ayam masak merah. Jika mereka inginkan menu yang lebih pelbagai, kenalah pergi ke dua restoran kami," ujarnya.



Tenaga kerja yang dikerah di gerai mini perlu menjalani latihan yang berbeza berbanding mereka yang bertugas di dua restoran utama Hajah Maimunah, kata Cik Mastura.



"Di gerai mini biasanya seorang pekerja perlu memikul beberapa tanggungjawab, seperti untuk melayan pelanggan, masak nasi dan urus gerai. Jadi mereka perlukan latihan yang berbeza berbanding pekerja di restoran di Joo Chiat dan Jalan Pisang," ujarnya.



Tambah Cik Mastura, setiap gerai 'mini' memerlukan sekitar lima hingga lapan kakitangan, bergantung kepada saiz sesebuah gerai tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >