Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandemik tingkat keperluan pekerja timba ilmu: Zaqy

Oct 24, 2020 | 05:30 AM



KESAN pandemik Covid-19 terhadap ekonomi telah menimbulkan keperluan bagi pekerja untuk terus belajar dan mempertingkat kemahiran mereka supaya dapat merebut peluang dalam sektor baru.



Mengongsi antara rancangan untuk membantu masyarakat Melayu dari segi latihan kemahiran dan pekerjaan dalam rancangan The BM Show yang akan disiarkan esok, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata adalah penting untuk membantu masyarakat memanfaatkan peluang yang disediakan hari ini.



"Hari ini, saya akur keadaan ekonomi tidak begitu mantap dan kita lihat pekerjaan terjejas tetapi kita juga melihat bagaimana ekonomi kita sedang bertukar.



"Kita memerlukan kemahiran baru. Walaupun kita melihat sektor seperti makanan dan minuman (F&B) dan runcit mungkin terjejas hari ini, tetapi sektor tersebut juga telah menukar model perniagaan. Lebih ramai yang mendakap teknologi hari ini dan sebagainya," kata beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.



Encik Zaqy menyentuh usaha tersebut dan beberapa topik lain termasuk kemajuan masyarakat Melayu/Islam dan pengalaman beliau semasa di sekolah dalam episod The BM Show yang akan datang itu.



Beliau turut berkongsi rancangan Mendaki untuk terus mendekati dan menyokong masyarakat dalam pembangunan mereka dari zaman prasekolah hingga tamat persekolahan.



Antaranya, terdapat hampir 1,000 karyawan dalam pelbagai bidang yang telah tampil ke depan sejauh ini untuk menjadi mentor dan membantu anak-anak Melayu dalam soal pembelajaran dan nasihat kerjaya.



"Pembangunan dan keadaan kita sebagai sebuah masyarakat sudah berlainan. Dan inilah peranan Mendaki... kita harus mencungkil bakat daripada masyarakat kita untuk bekerjasama dan membantu membangunkan generasi akan datang," kata beliau.



LAPORAN LANJUT: Zaqy singkap zaman sekolah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >