Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandu ketika mabuk: DJ 91.3FM didenda $4,000

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



DEEJAY stesen radio 91.3FM Shaun Tupaz Anthonioa, semalam, didenda $4,000 dan tidak dibenarkan memandu atau menunggang motosikal selama 30 bulan selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk.



Tupaz, 34 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan memandu dalam keadaan mabuk pada 23 Januari lalu.



Seorang pendakwa Polis Trafik memberitahu mahkamah semalam bahawa Tupas telah hilang kawalan motosikal yang ditunggangnya dan terjatuh di Ophir Road sekitar 11 malam.



Seorang pegawai Polis Trafik dihantar ke tempat kejadian dan mendapati Tupas berbau arak semasa disoal siasat.



Beliau ditangkap selepas menjalani ujian pernafasan dan gagal.



Ujian darah yang dilakukan menunjukkan darahnya mengandungi jumlah alkohol melebihi had yang ditetapkan undang-undang.



Ujian menunjukkan setiap 100 ml darah Tupaz pada ketika itu mengandungi 141 mg alkohol.



Had kadar alkohol dalam darah yang dibenarkan bagi pemandu adalah 80 mg alkohol bagi setiap 100 ml darah.



Tupaz, yang tidak mempunyai rekod jenayah memberitahu mahkamah beliau amat menyesali perbuatannya itu dan telah berhenti minum arak.



Bagi kesalahan minum dalam keadaan mabuk, seseorang pesalah pertama kali boleh dipenjara hingga setahun dan didenda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >