Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATA

Pandu Puteri hanya jual biskut? Belajar kepimpinan, asah pelbagai kemahiran lain

Tampil antara 5 diiktiraf Anugerah Pandu Puteri Presiden
Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PANDU Puteri hanya menjual biskut sahaja.



Inilah yang disangka oleh Alisha Insyirah Jasni sekitar empat tahun lalu apabila pertama kali mendapat tahu tentang kegiatan kokurikular (CCA) yang ditawarkan di sekolah menengahnya.



Malah, tanggapannya yang kurang tepat itu diperkukuh apabila satu sesi yang dianjurkan oleh kumpulan Pandu Puteri di sekolahnya untuk menarik anggota baru hanya memuatkan demonstrasi mengikat tali dan membuat simpulan tali semata-mata.



Namun Alisha, menggetap bibir dan dengan cekal hati menyertai kegiatan Pandu Puteri sebagai anggota dan kini pada usia 16 tahun, percaya keputusan itu adalah antara yang paling baik untuk dirinya.



Bahkan, Alisha, yang kini menyandang jawatan sebagai pengerusi Kompeni Pertama (1st Coy) Sekolah Perempuan Raffles dan mengetuai sekitar 80 Pandu Puteri lain dari sekolah itu berkata dia yakin kegiatan kumpulan itu juga merupakan platform untuk mempersiapkan kumpulan wanita muda untuk berkhidmat kepada masyarakat serta memperkasa mereka dengan pelbagai kemahiran.



Katanya, sebagai individu yang pendiam, kegiatan Pandu Puteri membuka banyak peluang baginya 'bersuara' dan memupuk kemahiran menjadi seorang ketua.



"Seawal di menengah dua, saya telah diberi pelbagai peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan sebagai seorang pemimpin, terutama sekali dalam aspek bertutur di depan khalayak ramai.



"Kini, sebagai pengerusi CCA ini di sekolah pula, saya dan ahli jawatankuasa eksekutif lain perlu menyampaikan banyak taklimat di sesi penyampaian, selain berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar di tingkatan lebih rendah.



"Dari sudut ini, saya rasa kebolehan saya untuk menjadi pemimpin dan untuk berhubungan telah bertambah baik," kata Alisha, anak kedua dalam keluarga tiga beradik.



Semalam, Alisha meraih satu lagi pencapaian mercu tanda sejak menjadi anggota Pandu Puteri apabila dia menerima Anugerah Pandu Puteri Presiden daripada Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis khas di Istana.



Alisha adalah antara lima anggota Pandu Puteri dari seluruh Singapura yang dipilih menerima anugerah tersebut pada tahun ini, yang disifatkan sebagai yang tertinggi bagi pasukan Pandu Puteri.



Pencapaian itu di luar dugaannya, kata Alisha, yang akur dia hanya menyertai Pandu Puteri di menengah satu kerana gagal mendapat tempat dalam CCA lain.



Namun, ia juga membakar semangatnya untuk terus menambah kemahiran dan berkhidmat kepada masyarakat.



Alisha juga berharap dapat mengubah pemikiran orang ramai tentang Pandu Puteri di Singapura.



"Kegiatan Pandu Puteri melebihi sekadar menjual biskut semata-mata... ada banyak lagi kegiatan lain yang ditawarkan," kata Alisha sambil menambah pengalamannya itu turut menjadikannya seorang yang lebih tabah dan cekal hati semasa melakukan apa juga tugasan.



"Ia telah memberikan saya pengalaman menimba ilmu yang holistik dan saya berharap remaja perempuan lain juga dapat bersikap terbuka dan menyertai Pandu Puteri untuk meraih manfaat daripada program-program yang ditawarkan."




"Kegiatan Pandu Puteri melebihi sekadar menjual biskut semata-mata... ada banyak lagi kegiatan lain yang ditawarkan... Ia telah memberikan saya pengalaman menimba ilmu yang holistik dan saya berharap remaja perempuan lain juga dapat bersikap terbuka dan menyertai Pandu Puteri untuk meraih manfaat daripada program-program yang ditawarkan."
- Alisha Insyirah Jasni, pengerusi Kompeni Pertama (1st Coy) Pandu Puteri Sekolah Perempuan Raffles.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >