Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATA

Pandu Puteri, Pengakap cemerlang terima anugerah dari Presiden Halimah

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



LIMA Pandu Puteri dan 23 Pengakap yang telah memberi sumbangan cemerlang kepada pergerakan masing-masing dan kepada masyarakat menerima anugerah dari Presiden Halimah Yacob semalam.



Anugerah Pandu Puteri Presiden (PGA) dan Anugerah Pengakap Presiden (PSA) itu adalah yang tertinggi bagi kededua kumpulan itu di Singapura.



Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Istana.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Persatuan Pengakap Singapura dan Pandu Puteri Singapura berkata anugerah itu mengiktiraf kesediaan penerima untuk berkhidmat dengan cemerlang sepanjang hayat.



Kumpulan Pandu Puteri dianggotai oleh remaja perempuan berusia antara 12 tahun dengan 17 tahun, sementara kumpulan Pengakap yang menerima anugerah semalam adalah dari kumpulan Venture, dan berusia antara 16 tahun dengan 18 tahun.



Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Singapura, Cik Koh-Teh Yi Wen, berkata pihaknya amat berbangga dengan pencapaian lima ketua budak perempuan yang memenangi anugerah presiden tahun ini.



"Mereka telah membuktikan kekuatan mereka dengan menunjukkan tekad, sikap berinovasi dan semangat yang kuat untuk berkhidmat kepada masyarakat.



"Berbekal komitmen mendalam untuk mengorak perubahan positif di dunia, kami berharap mereka dapat memberi kesan di negara ini dan di peringkat dunia sedang mereka mendewasa sebagai pemimpin wanita pada masa depan," ujar Cik Koh-Teh.



Bersependapat, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Singapura, Encik Desmond Chong, berkata kecekalan dan ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh semua penerima anugerah di tengah-tengah pandemik ini adalah amat terpuji.



"Saya yakin mereka akan terus berperanan aktif dalam masyarakat dan selaras itu, memberi sumbangan ke arah dunia yang lebih baik."



Antara lain, seorang pengakap Venture yang ingin melayakkan diri bagi Anugerah Pengakap Presiden perlu meraih Anugerah Pioneer - merangkumi komponen penilaian penerokaan selama dua hari, satu malam dan melaksanakan projek kebajikan. Calon juga akan dinilai berdasarkan ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan dan keupayaan bekerjasama.



Seorang pandu puteri pula harus melalui ujian tiga peringkat yang antara lain menilai pengetahuan, keupayaan memimpin dan berfikir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >