Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pandu sambil guna telefon memang bahaya tapi ramai masih lakukannya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pandu sambil guna telefon memang bahaya tapi ramai masih lakukannya

Dec 03, 2015 | 05:06 PM

RAMAI pengguna jalan raya masih menghantar teks atau menjawab telefon mereka tanpa menggunakan kit bebas tangan, meskipun ramai yang tahu bahayanya, menurut satu tinjauan.

Dapatan Tinjauan Sikap Pengguna Jalan Raya AXA Insurance Singapore yang dikeluarkan hari ini menunjukkan ada jurang antara apa pengguna jalan raya anggap sebagai tabiat tidak selamat dan kelakuan mereka yang sebenar di jalan raya.

Antara 526 pengguna jalan raya yang ditinjau, 93 peratus bersetuju menghantar teks semasa memandu adalah berbahaya.

Namun, 25 peratus mengaku masih melakukannya. Kira-kira 85 peratus pula berkata menjawab telefon tanpa kit bebas tangan berbahaya tetapi hakikatnya 37 peratus masih berbuat demikian.

Antara sebab yang diberi adalah mereka berasa perlu menjawab panggilan dan mesej - kebanyakannya berkaitan kerja - secepat mungkin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3