Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Panduan asatizah berwibawa untungkan masyarakat

May 08, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Muslim Singapura beruntung kerana menerima panduan dari asatizah yang berkebolehan dan berwibawa, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Masagos berkata asatizah di Singapura dilahirkan di sini dan dibesarkan di kalangan masyarakat yang moden dan berbilang kaum.



Ini berbeza dengan pengalaman di negara-negara lain, kata Encik Masagos.



Menambah, Encik Masagos berkata sumbangan asatizah kepada masyarakat, terutama semasa pandemik, amat dihargai.



"Saya amat menghargai kerja-kerja yang digalas asatizah kita terutamanya sepanjang tempoh pandemik ini.



"Hasil usaha mereka membuktikan betapa pentingnya peranan asatizah dalam memberikan bimbingan agama yang berkesan, bertepatan dan sesuai dengan konteks masyarakat majmuk kita dalam iklim yang semakin mencabar hari demi hari," ujar Encik Masagos lagi.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata demikian apabila mengimbas kembali pertemuannya dengan asatizah di awal minggu.



Menurut Encik Masagos, beliau telah bertemu mereka bersama Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood dan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Encik Masagos berkata interaksi yang beliau adakan bersama asatizah pada pertemuan itu menunjukkan mereka telah mendekati masyarakat Muslim di Singapura secara aktif berhubung isu-isu semasa seperti peri penting mendapatkan vaksinasi, dan bagaimana masyarakat boleh meraih manfaat menyambut Ramadan dalam keadaan pandemik ini.



"Saya bersyukur mendengar bahawa mereka giat mendekati masyarakat Islam setempat membincangkan isu-isu semasa seperti pentingnya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan juga bagaimana kita boleh memanfaatkan bulan Ramadan ini sepenuhnya meskipun kegiatan di masjid terhad," ujar Encik Masagos di Facebook.



"Semoga asatizah kita terus diberkati dengan kesihatan dan ketabahan serta sebaik-baik ganjaran atas sumbangan dan pengorbanan mereka."



Encik Masagos berkata demikian menjelang hujung minggu terakhir Ramadan, di mana masjid-masjid, seperti rumah-rumah ibadah lain di sini perlu melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat bagi Covid-19 yang diperketat.



Ini adalah sebahagian usaha senegara untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat dan mengelak pembentukan kelompok jangkitan Covid-19 yang baru.



Mulai hari ini, masjid-masjid setempat hanya membenarkan 100 jemaah pada satu masa bagi menunaikan solat jemaah.



Ini termasuk solat fardu, solat Jumaat, solat tarawih dan solat Hari Raya Aidilfitri.




KES COVID-19 SG: 7 MEI



JUMLAH BARU: 25



DALAM MASYARAKAT: 4



IMPORT: 21



DI DORMITORI: 0



JUMLAH KEMATIAN: 31



JUMLAH KESELURUHAN: 61,311 (Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >