Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan bagi majikan tubuh dasar komunikasi lepas waktu kerja

Antara inisiatif yang dihasilkan Perikatan untuk Bertindak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan Singapura Bersama
Sep 25, 2021 | 05:30 AM



SATU templat dasar untuk membimbing syarikat menubuhkan dasar komunikasi lepas waktu kerja dan tinjauan pekerja bagi mengukur kesedaran, amalan, kepuasan dan keperluan berhubung keharmonian kerja-kehidupan.



Itulah antara enam inisiatif yang diusahakan oleh Perikatan untuk Bertindak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan Singapura Bersama (AfA bagi WLH) selepas tujuh bulan mengusahakannya.



Bercakap dalam satu majlis membentangkan inisiatif itu secara dalam talian semalam, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata alat dan inisiatif yang dibangunkan akan menolong ramai majikan membuat perubahan dan memperbaiki keharmonian kerja dan kehidupan.



Inisiatif lain yang dihasilkan termasuk alat penilaian majikan bagi menyemak peruntukan sokongan bagi kerja-kehidupan, panduan berbilang pihak berkepentingan bagi melaksanakan amalan kerja-kehidupan di tempat kerja serta satu siri rencana dan infografik mengenai keharmonian untuk majikan dan pekerja.



Menjelaskan lebih lanjut, Dr Tan berkata: "Semua ini tentunya akan membantu banyak majikan membuat perubahan yang bermakna di tempat kerja dan menekankan peri pentingnya memperbaiki keharmonian kerja-kehidupan.



"AfA telah diperkenalkan bagi menghimpunkan rakyat Singapura daripada sektor awam, privet dan masyarakat untuk secara bersama, menjadikan aspirasi kita kepada tindakan."



Menurut beliau, apa yang dicapai hari ini adalah contoh baik usaha kerjasama tiga pihak dan masyarakat sebagai gerakan Singapura bersama.



"Ini unik kepada Singapura dan adalah sos rahsia dalam keupayaan kita untuk menghasilkan huraian yang mapan dan boleh dilaksanakan," tambahnya.



Dr Tan akur bahawa dalam mencapai keharmonian kerja-kehidupan, tiada satu huraian untuk semua.



Maka itu, untuk mencapai keseimbangan yang tepat tidak mudah, namun ia boleh dikecapi jika semua lapisan masyarakat bekerjasama.



"Bersama rakan kerjasama tiga pihak, pemerintah akan terus mengharungi perjalanan ini bersama majikan dan pekerja dan sumber baru dan projek yang dibangunkan menerusi AfA akan melangkah jauh dalam membantu kita mencapai matlamat ini," ujar Dr Tan.



Sementara itu, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menyeru semua supaya meneliti sumber dan inisiatif yang sudah dibangunkan itu dan melihat bagaimana untuk diterapkan dan dilaksanakan di tempat kerja.



AfA bagi WLH terdiri daripada lebih 140 duta kerja-kehidupan (WLA) serta pihak berkepentingan lain dan dinasihatkan oleh Menteri Negara Tenaga Manusia, Cik Gan Siow Huang; Pengarah Unit Keluarga dan Wanita serta U SME, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling; serta anggota Majlis Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), Dr Bicky Bhangu.



Sejak Mac hingga bulan ini, AfA bagi WLH telah membentuk lima kumpulan projek bagi membangunkan sumber untuk menyokong dan mempromosikan WLH di Singapura.




"Semua ini (enam inisiatif keharmonian kerja-kehidupan) tentunya akan membantu banyak majikan membuat perubahan yang bermakna di tempat kerja dan menekankan peri pentingnya memperbaiki keharmonian kerja-kehidupan. AfA telah diperkenalkan bagi menghimpunkan rakyat Singapura daripada sektor awam, privet dan masyarakat untuk secara bersama, menjadikan aspirasi kita kepada tindakan."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >