Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan bagi pengamal pengurusan sukarelawan tingkat kemahiran

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



SATU panduan bagi pengamal pengurusan sukarelawan (VMP) menjadi lebih cekap, termasuk ketika mengerahkan sumber sukarelawan telah dilancarkan.



Sebanyak 13 kemahiran dan kecekapan teknikal dan sembilan kemahiran teras kritikal yang dimasukkan ke dalam peta laluan yang dihasilkan juga akan menunjukkan peluang jalan pembangunan serta peluang pembelajaran bagi VMP.



13 kemahiran dan kecekapan teknikal dan sembilan kemahiran teras kritikal itu dirujuk daripada pelbagai rangka kerja kemahiran SkillsFuture termasuk Rangka kerja Kemahiran bagi Perkhidmatan Sosial.



Empat peranan pengurusan sukarelawan khas dikenal pasti dan peta tersebut menggambarkan tahap kecekapan yang diperlukan bagi setiap peranan.



Peta laluan itu dilancarkan secara dalam talian oleh Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin yang juga Penasihat Majlis Kebangsaan Perkhidmatan Sosial.



Semasa pelancaran tersebut, Encik Tan berkata:



"Seorang VMP perlu menjadi penghubung, rakan usaha sama dan pemikir strategik yang baik yang dapat menggembleng kemahiran dan tenaga sukarelawan untuk mencapai keperluan organisasi.



"VMP yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kuat akan memastikan penglibatan sukarelawan yang berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan memastikan pengguna perkhidmatan akan disokong dengan lebih baik."



Menurut Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), peta laluan tersebut mengandungi lima bahagian utama iaitu Fungsi Kerja Kritikal dan Tugas Utama; Model Kecekapan; Dokumen Kecekapan; Alat Penilaian Kendiri Digital; dan Penyenaraian Kursus.



Selain usaha menambahkan profesionalisme VMP menerusi peta laluan itu, usaha lain untuk memangkin transformasi dalam pengurusan sukarelawan termasuk Pelan Kesinambungan Sukarelawan.



Pelan tersebut merupakan panduan komprehensif untuk memberikan panduan kepada agensi perkhidmatan sosial mengenai kesinambungan aktiviti sukarelawan semasa gangguan perkhidmatan.



Antara tips yang dikongsi dalam panduan tersebut termasuk mengenal pasti risiko yang mungkin timbul dengan mempelbagaikan sumber sukarelawan dan melengkapkan sukarelawan dengan kemahiran yang relevan yang diperlukan dalam krisis.



Panduan tersebut akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.



Cik Emily Ong, Penolong Pengarah, Ketua pusat penjagaan warga emas Lions Befrienders berkata:



"Peta laluan ini akan sangat berguna bagi VMP untuk membantu mereka merancang jalan pembangunan serta kerjaya mereka."



Beliau, yang bermula sebagai eksekutif sukarelawan kini berjaya menyandang jawatan dalam pengurusan kanan hasil latihan dan pembangunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >