PESAKIT kencing manis yang berpuasa terdedah kepada risiko kesihatan lebih tinggi, namun ini tidak bermakna mereka tidak boleh berpuasa, menurut seorang doktor keluarga.
Ada daripada mereka mungkin mengalami hipoglisemia - paras gula dalam darah rendah - atau sebaliknya, hiperglisemia - paras gula dalam darah tinggi - dan dehidrasi, kata Dr Nor Izuan Rashid.