Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan beli papan luncur sesuai buat anak-anak

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



APABILA anak anda baru sahaja ingin belajar bagaimana bermain papan luncur, jenis papan luncur apa yang harus anda beli?



Papan luncur yang berharga $35 atau satu lagi yang berharga lebih daripada $200.



Pengarah seni, Encik Andy Chia, 39 tahun, membeli kedua-dua jenis papan luncur itu untuk anaknya Ando, yang berusia empat tahun pada Januari ini.



Beliau telah mendapatkan papan luncur yang berperingkat permulaan daripada kedai sukan Decathlon ketika anaknya itu berumur dua tahun.



Selepas Ando mengambil bahagian dalam kelas dan ingin mempelajari lebih banyak helah beberapa bulan kemudian, Encik Chia memilih melabur dalam papan yang lebih mahal untuk anaknya daripada kedai skate Go Sports.



Encik Khairul Azree, jurulatih pemimpin sukan dan pakar produk Oxelo di Decathlon Singapore, berkata:



"Peralatan luncur yang terbaik untuk anak anda ialah yang mempunyai saiz yang baik dan sesuai untuk rangka badannya."



Beliau menambah bahawa ramai ibu bapa juga mempunyai salah tanggapan bahawa lebih besar papan selaju, lebih mudah ia dikawal, atau papan yang lebih kecil adalah untuk kanak-kanak.



"Ia mempunyai tujuan dan fungsi yang berbeza.



"Contohnya, papan penny lebih kecil dan lebih mudah alih, manakala papan panjang boleh bergerak lebih pantas tetapi lebih berat.



"Penting memahami perkara yang ingin dipelajari oleh anak anda, supaya anda boleh membeli papan yang sesuai untuk dia," jelasnya.



Sebagai pilihan lain, anda boleh mencari sekolah yang menyediakanpapan untuk anak anda semasa menjalani kelas.



"Sebagai ibu bapa, saya tidak mahu melabur dalam sesuatu yang anak saya suka hari ini dan kemudian mengetepikannya esok," kata jurulatih papan luncur, Encik Ali Halil, pengasas Akademi Papan Luncur.



"Jika anak anda benar-benar berminat dalam sukan itu, kami akan memberi beberapa saranan mengenai papan yang anda boleh dapatkan," tambahnya.



Masih tidak pasti? Anda mungkin berminat dalam kit papan luncur buat sendiri daripada Elos, yang membolehkan anak-anak anda menikmati keseronokan secara langsung dan mempunyai kepuasan membina papan mereka sendiri yang boleh mereka gunakan.



Ini adalah sebuah projek Kickstarter oleh jenama papan luncur California.



Kit tersebut dilengkapi dengan semua bahagian yang diperlukan dan buku kecil yang mudah difahami dengan arahan pemasangan, sejarah papan luncur dan pengetahuan lebih lanjut tentang bahagian berlainan papan tersebut.



Disyorkan untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas, dan mereka boleh menonton tutorial video untuk memasang dan cara menaiki papan.



Maklumat lebih lanjut tentang kit papan luncur tersebut boleh didapati dengan melungsuri laman https://www.elosskateboards.com/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >