Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan bimbing anak milenial

Lihatlah sifat negatif daripada perspektif yang positif
Sep 25, 2018 | 05:30 AM



Sekitar 250 ibu bapa telah menimba ilmu dan panduan membina keluarga harmoni serta anak-anak cemerlang dalam seminar keibubapaan anjuran bersama Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) baru-baru ini. Seminar bertajuk 'Membina Keluarga Yang Berkekalan' itu turut menampilkan dua penceramah dari dalam dan luar negara yang dikenali - ketua pegawai eksekutif Muslim Youth Forum SG, Ustaz Zahid Zin, dan pakar motivasi dari seberang, Datuk Profesor Dr Che Muhaya Haji Mohamad. Ikuti laporan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg).



SIFAT 'negatif' seperti narsistik, suka selfie dan pentingkan diri sendiri sering dikaitkan dengan golongan milenial.



Tetapi sebenarnya ia dapat dilihat dari perspektif positif, sekali gus membantu anda menangani dan membesarkan anak-anak golongan milenial.



Demikian antara panduan keibubapaan yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Belia Muslim, Ustaz Zahid Zin - dari kaca mata seorang bapa muda dan pengalamannya menubuhkan rangkaian belia - kepada para peserta forum.



Dalam sesi ceramahnya yang disampaikan secara bersahaja, Ustaz Zahid, 34 tahun, yang juga digelar milenial, menarik perhatian bahawa ramai anak muda hari ini lebih suka meluangkan masa di luar rumah sedangkan rumah itu sepatutnya menyediakan sekitaran selesa dan menenangkan minda.



Salah satu faktor ialah suasana rumah yang bersifat patriakal, bercanggah dengan sifat anak milenial hari ini serta didikan dan pendedahan yang diterima di sekolah.



Menjelaskan lebih lanjut, bapa tiga anak itu berkata:



"Bila di rumah, ada bapa akan bersikap 'saya pemimpin keluarga dan saya yang membuat keputusan'.



"Mungkin pendekatan seperti ini boleh berkesan dulu, tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Anak-anak yang kita beri pelajaran kini lebih berkelulusan tinggi dan bila di sekolah atau tempat kerja, diajar berfikiran kritikal dan sering diminta pandangan.



"Kita lihat hari ini anak-anak menerima pendidikan yang berbeza di sekolah, sistem pendidikan menggalak mereka agar proaktif dan melibatkan diri dalam program sekolah, pengalaman pendidikan sekolah jauh berbeza daripada zaman dahulu.



"Apabila mereka pulang ke rumah, anak-anak yang sudah biasa bersuara dan beri pendapat tetiba disuruh berdiam sahaja - rasanya tidak wajar.



"Jadi bila mereka pulang ke rumah, ibu bapa harus memainkan peranan membimbing anak-anak membuat sumbangan dan memberi pendapat sambil mengajar mereka nilai-nilai penting yang diperlukan.



"Suasana yang patriatik itu baik tetapi ia harus mengambil kira keadaan anak-anak hari ini."



Ustaz Zahid berkata ini sikap sejajar dengan apa yang diamalkan Rasulallah saw - sering berbicara dan mendapatkan pandangan isteri, anak dan cucunya.



Kata Ustaz Zahid lagi, jika ibu bapa tidak memberikan ruang itu akan menyebabkan anak-anak tertekan dan menimbulkan penyakit seperti kemurungan.



Ustaz Zahid menarik perhatian bahawa anak-anak milenial memiliki sifat-sifat yang jika diberi peluang dan panduan tepat serta galakkan, dapat menjadi kekuatan pada diri mereka.



Sebagai contoh, sikap anak milenial yang gemar selfie.



"Jika kita memandang sebagai sesuatu yang negatif, maka ia menjadilah sesuatu yang negatif.



"Tetapi cuba kita memanfaatkan sikap ini agar ia memberi atau membawa kebaikan.



"Misalnya, saya telah menubuhkan #ihramchallenge yang mengajak sesiapa sahaja memberikan selfie mereka berihram.



"Dan sejauh ini, saya menerima mesej daripada 864 anak muda yang melahirkan minat untuk menjalankan umrah.



"Ini menunjukkan kita boleh mendapat tenaga positif daripada sesuatu yang kita sifatkan sebagai negatif, hanya kerana kita tidak biasa dengan perkara itu," tambahnya.



Menyambut baik panduan dikongsi itu, Encik Hisham Zain, 36 tahun, berpendapat sikap inklusif yang disarankan, boleh menjadi pendekatan berkesan untuk menambat hati anak-anak milenial.



"Sebelum ini, saya ragu-ragu untuk membenarkan anak remaja saya membuka akaun media sosial meskipun beliau sudah ada akaun Instagram.



"Sekarang saya akan lebih terbuka untuk membenarkannya dan lebih aktif berinteraksi dan menegurnya di media sosial juga," ujar bapa tiga anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >