Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Panduan Case agar tidak ditipu kontraktor

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Panduan Case agar tidak ditipu kontraktor

Mar 23, 2022 | 05:30 AM

PANDUAN oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) supaya dapat lindungi diri daripada kontraktor yang tidak memenuhi kontrak:

Pelanggan harus membuat pembandingan harga yang disarankan oleh beberapa kontraktor dan buat penyelidikan terhadap kebolehpercayaan dan rekod mereka sebelum menandatangani kontrak.

Pelanggan dinasihatkan agar meminta kontrak bertulis bagi melindungi hak mereka.

Sebelum menandatangani kontrak ubah elok, harap berunding supaya dapat membuat bayaran secara berperingkat berdasarkan tahap penyelesaian projek ubah elok itu.

Pelanggan seharusnya membuat pemeriksaan terhadap premis mereka secara kerap untuk memastikan projek mereka itu dilaksanakan tepat pada jadual waktu penyelesaian yang ditetapkan.

Harap dapatkan khidmat daripada kontraktor yang mempunyai pentauliahan CaseTrust kerana mereka diperlukan membeli deposit ikatan atau bon prestasi.

Bon itu melindungi deposit pelanggan jika perniagaan gulung tikar sebelum kerja ubah elok itu diselesaikan.

Kontraktor yang mempunyai pentauliahan itu juga diperlukan mengamalkan Standard Kontrak Ubah Elok CaseTrust yang mengandungi syarat bagi melindungi hak pelanggan dan memastikan ada kebertanggungjawapan terhadap apa yang telah dijanjikan dalam kontrak.

Kontraktor tersebut juga menerapkan mekanisme penyelesaian pertengkaran yang jelas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3