Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LALUAN SG-M'SIA DIBUKA SEMULA SEPENUHNYA

Panduan lalui perjalanan darat SG-M'sia

Mar 31, 2022 | 05:30 AM



DI mana kad Touch 'n Go ku? Ramai juga yang tidak pasti sama ada kad tersebut masih boleh digunakan lagi.



Adakah kad telah luput tempoh sah lakunya.



Inilah antara persoalan yang bermain di fikiran warga Singapura apabila 1 April ini dibenarkan merentas sempadan darat untuk memasuki Malaysia dengan menggunakan pengangkutan privet khususnya kereta.



Bagi tempoh 1 hingga 7 April ini, kerajaan Malaysia telah mengecualikan pembayaran Caj Jalan (RC) RM20 kepada semua kenderaan pendaftaran Singapura yang akan memasuki Malaysia.



Semalam, kerajaan Malaysia turut mengumumkan pengecualian bayaran tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua) yang menjadi laluan Malaysia-Singapura sempena pembukaan semula sempadan, mulai 1 April ini.



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian bayaran tol di plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara itu diberikan kepada semua jenis kenderaan selama tujuh hari sehingga 7 April depan.



RC dan tol akan dikuatkuasakan semula mulai 8 April ini.



Tempoh masa ini hendaklah digunakan semua pemandu kenderaan pendaftaran Singapura sama ada memperbaharui atau mendapatkan kad Touch 'n Go atau menambah nilai dalam kad tersebut.



Mereka juga perlu mendaftar dan memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) pada kenderaan masing-masing. Layari https://vep.jpj.gov.my/#/



DAPATKAN KAD TOUCH 'N GO DI SINGAPURA



Stok kad Touch 'n Go di Singapura telah habis dijual di kedai runcit rasminya 7-Eleven.



Penyedia pembayaran dalam talian EZ-Link - yang menyediakan kad EZ-Link Touch 'n Go Motoring berkata kadnya juga telah habis dijual.



Kedua-dua jenis kad, yang berharga $10 setiap satu, dijangka ditambah stok di kedai fizikal mulai awal April ini.



EZ-Link akan menjual kadnya di kedai Shopee rasminya mulai 1 tengah hari Selasa ini.



Cawangan Cheers terpilih di sekitar Pusat Pemeriksaan Woodlands akan mempunyai stok kadnya mulai esok.



Peraturan perjalangan memasuki Malaysia melalui laluan darat antara Singapura dengan Johor



Pengembara yang telah divaksin sepenuhnya tidak lagi perlu menjalani quarantin atau sebarang ujian, termasuk ujian pra-keberangkatan dan pra-ketibaan, apabila menggunakan laluan darat.



Anda juga boleh menggunakan sebarang jenis pengangkutan untuk menyeberang Tambak Woodlands atau Link Kedua di Tuas, termasuk kereta sendiri.



 



*Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.






    Video Baru

    Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
    Pilih perkataan yang betul 1/3
    =
    Pilih perkataan yang betul
    Betul!
    Salah!
    < Kuiz sebelumnya
    Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
    Kuiz seterusnya >