Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan pertingkat pembelajaran, latihan bagi warga emas

Bertujuan fahami keperluan, karakter pelatih digemari mereka dan perkenal latihan berkesan
Mar 13, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas mengisi lebih 60,000 tempat pembelajaran sejak Akademi Warga Emas Nasional dilancarkan pada 2016, menurut Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Dan mereka boleh mengharapkan peluang pembelajaran bermutu pada masa depan dengan pelancaran garis panduan bagi mempertingkat piawaian pembelajaran dan latihan warga emas.



Dikenali sebagai Geragogy Guidelines, garis panduan mengenai corak pendidikan sesuai untuk warga emas itu adalah yang pertama dibentuk di sini.



Ia dibentuk hasil kerjasama Majlis bagi Usia Ketiga (C3A) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan di lancarkan oleh Cik Rahayu di Lifelong Learning Institute semalam.



Antara lain, garis panduan itu bertujuan memahami keperluan pelajar warga emas dengan lebih baik, selain memperkenal cara latihan berkesan dan mengenal pasti karakter pelatih yang lebih digemari pelajar warga emas.



Dalam ucapannya, Cik Rahayu mengalu-alukan usaha yang telah dijalankan bagi mempromosi kesejahteraan warga emas. Ini termasuk program seperti siri 'e-Nuggets'. yang menyampaikan program dalam cara ringkas kepada warga tua, selain akademi itu sendiri.



Mengenai garis panduan itu, Cik Rahayu berharap ia akan mewujudkan pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna bagi warga senja.



"Dalam usaha kita menggalak pembelajaran dalam kalangan warga emas, kami mahu mewujudkan sekitaran pembelajaran lebih kondusif dan menjadikan pembelajaran lebih inklusif bagi semua pelajar warga emas agar mereka dapat menjalani masa-masa senja lebih aktif dan bermakna," ujarnya.



Pengerusi C3A, Cik Wui San Kwok, dalam ucapannya berkata pelajar warga emas mempunyai karakter tertentu dari segi fizikal dan pengalaman hidup berbanding golongan lain.



Mereka juga mempunyai keperluan pembelajaran berbeza, misalnya dalam aspek pengetahuan, peningkatan kemahiran dan keperluan sosial.



"Garis panduan ini boleh menjadi bahan rujukan bagi membantu pelatih mempertingkat dan menyokong pelajar warga tua agar mereka dapat mencapai hasil pembelajaran lebih baik.



"Ia juga bertujuan memupuk pengalaman pembelajaran positif agar warga tua akan berasa lebih terdorong untuk memanfaatkan peluang pembelajaran dan meraih faedah pembelajaran agar dapat menua dengan baik," ujar Cik Wui.




"Dalam usaha kita menggalak pembelajaran dalam kalangan warga emas, kami mahu mewujudkan sekitaran pembelajaran lebih kondusif dan menjadikan pembelajaran lebih inklusif bagi semua pelajar warga emas agar mereka dapat menjalani masa-masa senja lebih aktif dan bermakna."
- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >