Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan sedia tempat rehat bagi pekerja sumber luar dilancar

Dec 09, 2019 | 11:53 AM



Satu panduan untuk menyediakan tempat rehat bagi pekerja pembersihan, pegawai keselamatan dan pekerja sumber luar lain di tempat kerja telah diterbitkan perikatan tiga pihak pada Isnin (9 Disember). 



Panduan Perikatan Tiga Pihak mengenai Menyediakan Kawasan Berehat bagi Pekerja Sumber Luar itu mencadangkan beberapa amalan baik bagi majikan menyediakan kawasan itu, termasuk mengadakan tempat menyimpan barangan, akses kepada air minuman dan memastikan kawasan itu mempunyai edaran udara yang baik.



Ia diterbit berdasarkan maklum balas lebih 600 pihak berkepentingan, termasuk majikan, pemilik bangunan dan pekerja sumber luar bergaji rendah, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataannya. 



Panduan itu dilancarkan oleh MOM, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) di gedung Ikea di Alexandra. 



Bercakap kepada media, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad berkata satu cabaran utama bagi menggalak majikan dan pemilik bangunan untuk menyediakan kawasan rehat sebegitu adalah untuk mengubah budaya pemikiran supaya mereka menganggap pekerja sumber luar sebahagian daripada kakitangan sendiri.



Namun, tambah beliau, dapatan kajian MOM baru-baru ini adalah menggalakkan. Sekitar 70 peratus daripada lebih 200 tempat yang mempunyai pekerja sumber luar yang dikunjungi MOM baru-baru ini menyediakan tempat rehat bagi pekerja luar.



Ini termasuk pusat beli-belah, pusat jaja makanan dan bangunan pejabat. 



Bagaimanapun kemudahan yang ada di tempat-tempat itu berbeza-beza, kata Encik Zaqy. 



“Panduan ini diharap menjadi langkah pertama dalam usaha menggalak lebih banyak tempat dan majikan menyediakan kawasan rehat yang sewajarnya bagi pekerja sumber luar,” kata Encik Zaqy. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >