Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Panduan semasa membuang undi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
GE2020
33601
0

PILIHAN RAYA 2020: HARI TERAKHIR KEMPEN

Panduan semasa membuang undi

Jul 09, 2020 | 05:30 AM

PENGUNDI dinasihatkan supaya bersikap bertanggungjawab dan mematuhi nasihat pegawai pilihan raya, termasuk mengenai langkah keselamatan bagi Covid-19 di pusat mengundi esok.

Ini untuk memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan selamat dan lancar bagi semua orang, kata polis dalam kenyataannya semalam.

"Polis akan memantau keadaan undang-undang dan kententeraman dengan teliti, dan tidak akan berlengah untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang berkelakuan tidak terkawal, melanggar arahan pegawai pilihan raya atau melakukan sebarang kesilapan," kata polis.

Pihak awam juga dinasihati supaya tidak berkeliaran di sekitar pusat mengundi dan meninggalkan tempat itu selepas mengundi. Jabatan Pilihan Raya (ELD) telah mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan langkah keselamatan dan pencegahan Covid-19 di pusat mengundi.

Ini termasuk memastikan setiap pengundi memakai pelitup dan memeriksa suhu badan setiap pengundi sebelum mereka beratur.

Menurut polis, beg dan barangan lain yang dibawa masuk ke pusat mengundi boleh dikenakan pemeriksaan keselamatan. Pengundi juga dinasihatkan supaya tidak membawa barangan tajam, bahan api atau beg yang besar.

Ruang untuk menurunkan orang dari kenderaan akan disediakan bagi pengundi yang lebih berusia atau kurang upaya. Pengundi yang memandu tidak dibenar meletak kenderaan di pusat mengundi yang terletak di sekolah atau kelab masyarakat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3