Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel bakal dibentuk bagi lebih lindungi pekerja platform dalam talian

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH jawatankuasa penasihat akan dibentuk untuk meneliti cara memperkukuh perlindungan bagi pekerja platform dalam talian, khususnya pekerja penghantaran, pemandu kereta sewa privet dan pemandu teksi.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, di Parlimen semalam berkata jawatankuasa itu juga akan mengkaji cara memastikan terdapat hubungan yang lebih seimbang antara platform dalam talian dengan pekerja platform tersebut.



Meskipun aturan kerja bagi pekerja platform menyerupai pekerja biasa, Dr Koh berkata kontrak mereka dengan syarikat platform dalam talian bukan kontrak pekerjaan.



Syarikat platform tersebut menentukan harga produk mereka dan tugas yang diberikan kepada pekerja, dan menguruskan prestasi mereka, termasuk mengenakan hukuman dan penggantungan.



Ramai pekerja platform membawa pulang gaji yang sederhana, bahkan sebelum kesan Covid-19, dan mungkin mendapati ia sukar untuk mampu mendapatkan rumah, penjagaan kesihatan dan menampung persaraan.



"Oleh sebab kontrak mereka dengan syarikat platform bukan kontrak pekerjaan, mereka tiada perlindungan pekerjaan asas yang dinikmati kebanyakan pekerja, seperti pampasan kecederaan kerja, perwakilan kesatuan dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan.



"Ini satu keprihatinan sedang lebih ramai orang melakukan pekerjaan sedemikian dan ada pada usia yang muda," kata Dr Koh dalam menjawab soalan berkaitan pekerja platform dalam talian di Parlimen.



"Jawatankuasa itu akan memerlukan masa untuk berunding secara meluas dengan pihak berkepentingan dan mengkaji isu-isu ini dengan teliti sebelum membuat saranannya," tambah beliau.



Dr Koh berkata sekitar 190,000 individu melakukan pekerjaan sendiri sebagai sumber pendapatan utama mereka tahun lalu, dengan sekitar 79,000 daripada mereka bekerja dengan syarikat platform.



Dalam kalangan pekerja platform itu, sekitar separuh merupakan pemandu kereta sewa privet dan sepertiga adalah pemandu teksi.



Sebahagian besar bakinya adalah pemandu kereta dan pemandu kenderaan barangan ringan, yang menggunakan platform khidmat penghantaran untuk mendapatkan pekerjaan penghantaran.



Dari 2018 hingga tahun lalu, pendapatan bulanan median bagi penduduk yang bekerja sepenuh masa dalam tiga pekerjaan itu adalah antara $1,500 dengan $2,000.



Menjawab soalan tentang jumlah kes kecederaan dan kematian yang dialami pekerja penghantaran makanan dan barangan pula, Dr Koh berkata terdapat dua kes kematian setiap tahun pada 2019 dan tahun lalu. Jumlah kes kematian adalah sifar pada 2018 iaitu tahun pertama mereka mula memantau perkara tersebut.



Dr Koh menambah bahawa pihaknya tidak mempunyai data mengenai kecederaan berkaitan trafik yang dialami pekerja penghantaran itu buat masa ini.



Dalam soalan berasingan mengenai diskriminasi di tempat kerja pula, Dr Koh berkata sekitar dua pertiga kes diskriminasi yang dilaporkan tidak disokong bukti dan kebanyakannya merupakan salah faham yang kemudian diperjelas dan tidak diteruskan lagi oleh kedua-dua pihak.



Dr Koh berkata pemerintah akan terus menekankan pengantaraan sebagai langkah pertama dan perlu meskipun sedang ia berusaha untuk menetapkan garis panduan pekerjaan yang adil dalam undang-undang.



Respons beliau itu menyusuli pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan bahawa garis panduan di bawah Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) akan membentuk asas bagi undang-undang antidiskriminasi, dengan sebuah tribunal ditubuhkan bagi menangani diskriminasi di tempat kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >