Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel logam 60kg jatuh enam tingkat di bangunan Changi, nyaris terkena wanita

Apr 06, 2019 | 03:22 PM



SEORANG wanita nyaris terkena logam seberat 60 kilogram yang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan di Changi pagi Khamis (4 Apr) lalu.



Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) telah mengarahkan pemilik bangunan tersebut melakukan siasatan penuh.



Tiada kecederaan dilaporkan dan struktur bangunan tidak terjejas, tambah BCA.



Kejadian tersebut yang dilaporkan akhbar Cina Lianhe Zaobao, berlaku pada 10 pagi di 116 Changi Road di bangunan enam tingkat, WIS@Changi.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, kawasan terjejas di bawah panel pelapisan logam yang jatuh telah dikepung," kata BCA.



Menurut laporan The Straits Times, seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Tay yang bekerja dengan sebuah syarikat dalam bangunan tersebut berada di sekitar kawasan itu apabila beliau dan dua teman sekerjanya mendengar bunyi kuat.



Mereka pusing dan melihat tiga panel logam di lantai.



"Kami semua terkejut. Ada seorang wanita yang baru sahaja berlalu beberapa langkah dari situ apabila panel logam itu jatuh. Kalau dia lambat sedikit, tak tahu apa yang mungkin berlaku," kata lelaki berusia 40 tahun itu.



Encik Tay menambah bahawa pada 28 Mac lalu, panel logam juga terjatuh dari permukaan bangunan yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >