Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel pakar vaksinasi Covid-19 di S'pura terus syor penggunaan Pfizer, Moderna

Jun 07, 2021 | 09:34 PM



JAWATANKUASA Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19C) mengusulkan agar vaksin Covid-19 yang berpangkalan pada utusan RNA (mRNA) iaitu Pfizer-BioNTech dan Moderna, digunakan di Singapura menyusuli pengesahan kedua-duanya oleh Penguasa Sains Kesihatan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).



Dalam kenyataan pada Isnin (7 Jun), jawatankuasa ini menyedari akan pesanan media sosial yang menegaskan bahawa vaksin Covid-19 mRNA ini tidak berkesan dalam menentang Varian Yang Menimbulkan Keprihatinan (VOCs) dan vaksin virus Covid-19 yang tidak teraktif itu akan menyediakan perlindungan lebih baik.



"Penilaian kami adalah berdasarkan semakan data dan bukti berterusan yang kekal meyakini vaksin mRNA yang disahkan PSAR selamat dan sangat berkesan serta terus memberi perlindungan menentang VOCs. 



"Vaksin virus Covid-19 yang tidak teraktif mempunyai perlindungan berubah-ubah dan tiada bukti buat masa ini yang mengusulkan agar vaksin virus tidak teraktif menunjukkan keberkesanan vaksin lebih tinggi bagi menentang VOCs daripada vaksin mRNA," jelas kenyataan itu



Menurutnya, vaksin Pfizer-BionTech dan Moderna secara konsisten menunjukkan keberkesanannya dengan kadar sekitar 90 peratus khususnya dalam melindungi jangkitan teruk Covid-19 yang membawa pada individu dirawat di hospital.



Ini terbukti dalam ujian klinikal Fasa 3 yang penting dan selanjutnya disokong dengan data daripada penggunaan dalam dunia sebenar termasuk di Amerika, United Kingdom dan Israel.



Ini termasuk perlindungan mementang VOCs utama seperti varian alpha dan beta yang merupakan strain utama yang tersebar dalam negara-negara ini.



Di sebalik keprihatinan mengenai varian delta, data baru menunjukkan vaksin mRNA terus didapati berkesan.



Satu kajian di United Kingdom menunjukkan dua dos suntikan Pfizer-BioNTech membawa pada 88 peratus perlindungan bagi jangkitan Covid-19 yang menampakkan tanda jangkitan walaupun dengan wujudnya varian delta.



Sedang kajian lanjut diperlukan sebelum rumusan muktamad dibuat, data yang ada secara sejagat menunjukkan perlindungan secukupnya dikekalkan, tambah kenyataan itu.



Pengesanan jangkitan yang tidak menampakkan tanda mahupun jangkitan kecil secara tempatan melibatkan varian delta tidak memberi gambaran kurangnya perlindungan.



Penemuan bahawa jangkitan ini tidak menampakkan tanda jangkitan langsung hingga jangkitan kecil sejajar dengan bukti sejagat bahawa vaksin mRNA mempunyai perlindungan tahap tinggi menentang penyakit yang menampakkan tanda jangkitan atau berada di tahap kronik.



Kenyataan itu menambah kedua-dua vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna disahkan pelbagai badan pengaturan antarabangsa yang diiktiraf. 



Pihak pengeluar vaksin telah secara terbuka mengeluarkan protokol penyelidikan terperinci dengan penemuannya boleh diteliti masyarakat saintifik selepas semakan sesama pakar.



Penilaian terperinci vaksin ini telah diterbitkan oleh badan pengaturan seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat serta Agensi Pengaturan Perubatan dan Produk Jagaan Kesihatan United Kingdom.



"Justeru, sebagai rumusan, vaksin mRNA yang disahkan PSAR ini mempunyai bukti saintifik yang boleh dipercayai di mana ia selamat dan berkesan dan EC19V akan terus menggalakkan mereka yang layak secara perubatan menjalani vaksinasi dengan suntikan vaksin ini.



"Vaksin Sinovac masih lagi dalam penilaian memenuhi ketetapan pengesahan PSAR oleh HSA memandangkan data keselamatan dan mutu tambahan diperlukan bagi memenuhi piawaian penilaian PSAR yang masih menanti keputusannya.



"Vaksin Sinovac juga menunjukkan perlindungan yang berubah-ubah merentasi pelbagai penyelidikan yang dijalankan di peringkat antarabangsa. Analisis paling lengkap vaksin ini menunjukkan keberkesanan vaksin sebanyak 51 peratus bagi setiap analisis protokol. 



"Perlindungan Sinovac dalam menentang varian lebih baru seperti varian delta dan di bawah keadaan dunia sebenar masih belum diketahui," tambah kenyataan itu,



Sinovac disahkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di bawah Prosedur Senarai Penggunaan Kecemasan (EUL) bagi kegunaan individu berusia 18 tahun ke atas. WHO tidak menyarankan penggunaannya bagi mereka di bawah usia 18 tahun. Justeru, ia bukan pilihan buat kanak-kanak dan belia sejagat mahupun di Singapura di bawah PSAR.



"Adalah penting bagi karyawan perubatan tidak menyebar maklumat tanpa penjelasan lanjut dan bukan saintifik. Orang awam berhak menjangkakan karyawan perubatan memberi nasihat berdasarkan fakta dan bukan penegasan yang tidak dibuktikan,



"Orang awam harus bergantung pada sumber keterangan saintifik dan perubatan serta mendapatkan pengesahan pandangan yang dikongsi orang lain yang menentang perkara ini.



"Vaksin mRNA yang disahkan PSAR selamat dan berkesan dengan EC19V mengesyorkan agar mereka yang layak secara perubatan menjalani vaksinasi disuntik dengannya," tambah kenyataan jawatankuasa pakar itu lagi. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >