Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel Rakyat bertemu bincang keseimbangan kerja-jalani kehidupan

Sep 28, 2019 | 06:34 PM



MENGIMBANGI kerja dengan kehidupan peribadi di tempat kerja hari ini memerlukan usaha kuat daripada semua lapisan masyarakat, yang memerlukan setiap orang menyumbang dalam peranan berbeza, dari segi majikan, pekerja, rakan kerja, pasangan hidup atau ibu bapa.



Menurut The Straits Times (ST), inilah luahan yang dibangkitkan semasa mesyuarat pertama Panel Rakyat mengenai Harmoni Kerja-Jalani Kehidupan sebentar tadi (28 September).



Panel 58 orang itu sebahagian daripada siri penglibatan bersama warga Singapura tentang hal perkahwinan dan keibubapaan yang dikendali Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.



Ia merangkumi majikan dan pekerja daripada industri berbeza, termasuk individu dengan status perkahwinan dan tanggungjawab keluarga yang berbeza.



“Meraih keseimbangan kerja-menjalani kehidupan adalah tentang norma sosial. Ia apa yang kita fikirkan, apa yang kita kata boleh diterima antara satu sama lain,” kata Cik Teo.



Panel itu akan bertemu lagi pada 12 Oktober. 26 Oktober dan 9 November untuk tiga sesi satu hari, di mana saranan akan diberikan kepada pemerintah, kumpulan masyarakat dan pihak yang berkenaan.



Pemerintah dan pihak berkenaan akan mengkaji saranan dan akan memberi respons awal tahun depan.



Mereka yang bukan sebahagian daripada panel masih boleh kongsi pandangan mereka dan menyumbang menerusi kota saranan di heybaby.sg/PlayAPart




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >