Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Panel Reach baru turut diwakili 15 pelajar institut pengajian tinggi

Iswaran: Perwakilan perlu terapkan kepelbagaian dalam masyarakat S'pura; kenal pasti trend masyarakat
Dec 05, 2020 | 05:30 AM



PANEL penyeliaan Reach baru yang diumumkan semalam mempunyai 15 wakil pelajar dari institut pengajian tinggi setempat - bilangan tertinggi dalam sejarah 35 tahun unit maklum balas pemerintah itu.



Bilangan tersebut naik daripada lima sebelum ini, dan terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan universiti berautonomi di sini.



Panel penyeliaan kelapan itu juga adalah yang terbesar dalam sejarah Reach, terdiri daripada 39 anggota yang mewakili pelbagai sektor dalam masyarakat.



Mereka memulakan penggal dua tahun baru Oktober lalu.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, dalam ucapannya di majlis menghargai sumbangan anggota panel lalu dan pelantikan ahli baru semalam dengan berkata komposisi panel itu adalah penting kerana ia perlu menerapkan kepelbagaian dalam masyarakat Singapura dan mengenalpasti trend dalam masyarakat.



"Itulah sebabnya panel Reach menyertakan perwakilan kuat kumpulan pelajar ini. Ia penting kerana ia mengenai mendampingi orang muda yang mempunyai kepentingan dalam masa depan negara kita.



"Kita mahu mereka menjadi pihak berkepentingan yang mengambil pemilikan bagi cara kita melangkah ke hadapan.



"Oleh itu, melibatkan mereka awal, untuk menghasilkan idea dan mencari jalan untuk kami bekerjasama dengan mereka untuk melaksanakan idea-idea ini adalah penting," kata Encik Iswaran di majlis yang diadakan di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Hill Street itu.



Encik Iswaran menambah Reach telah berusaha untuk kekal terlibat dan belajar dengan sentiasa menyesuaikan dirinya untuk mencari cara terbaik bagi menjangkau spektrum masyarakat yang luas.



Ini dilakukan dengan memastikan usaha Reach adalah meluas dan mendalam, dan kaedahnya merangkumi keseluruhan spektrum, dari fizikal ke maya, dari berskala besar ke secara individu dan berskala kecil.



Reach juga perlu berusaha mempunyai dialog dua hala yang aktif, kata Encik Iswaran, yang bukan hanya tertumpu kepada perundingan tentang keutamaan, program dan dasar nasional tetapi pada masa yang sama mengemukakan inisiatif dari masyarakat.



"Dalam memikirkan untuk muncul lebih kuat bersama dan melangkaui Covid-19, kita perlu melibatkan diri dalam proses dua hala.



"Di satu sudut, ini adalah keutamaan yang telah dikenalpasti pemerintah, tetapi pada masa yang sama juga untuk mendampingi kumpulan warga yang besar untuk memahami keprihatinan mereka, dan apakah jenis isu yang mereka ingin kami tangani," katanya.



Panel penyeliaan Reach, yang membantu membentuk haluan dan kegiatan unit itu, kali ini mempunyai 27 anggota baru dan 12 anggota yang dilantik semula, termasuk Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, sebagai timbalan pengerusi.



Pengerusi baru, Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, mengambil alih jawatan itu daripada Encik Sam Tan yang memimpin unit itu selama lebih dua penggal.



Dua timbalan pengerusi baru turut dilantik, iaitu Setiausaha Parlimen (Budaya, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, dan Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay.



Cik Rahayu akan memimpin perdampingan Reach dengan kumpulan minat dan masyarakat, Encik Chua akan menyelia pendampingan belia manakala Encik Tay ditugas meluaskan jangkauan kepada karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Salah seorang ahli muda baru, Encik Mohammed Aizam Abdul Rahman, 22 tahun, berkata beliau teruja dipilih sebagai anggota panel kerana beliau kini dapat memainkan peranan untuk menyumbang kepada masa depan Singapura.



"Covid-19 telah membolehkan kita memikirkan semula bagaimana kita dapat mengubah masa depan. Dengan memahami suara belia, yang merupakan masa depan Singapura juga, kita dapat membentuk masa depan negara ini seperti yang kita bayangkan," kata pelajar Politeknik Nanyang itu.




"Itulah sebabnya panel Reach menyertakan perwakilan kuat kumpulan pelajar ini. Ia penting kerana ia mengenai mendampingi orang muda yang mempunyai kepentingan dalam masa depan negara kita. Kita mahu mereka menjadi pihak berkepentingan yang mengambil pemilikan bagi cara kita melangkah ke hadapan. Oleh itu, melibatkan mereka awal, untuk menghasilkan idea dan mencari jalan untuk kami bekerjasama dengan mereka untuk melaksanakan idea-idea ini adalah penting."
- Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >