Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Panel sarankan semua penunggang PMD harus berusia 16 tahun dan ke atas dan lulus ujian teori

Sep 27, 2019 | 03:21 PM

 PANEL Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) telah mengemukakan saranan terkini mereka kepada pemerintah yang menetapkan bahawa penunggang harus berusia 16 tahun dan ke atas dan lulus ujian teori sebelum mereka dibolehkan menunggang di laluan awam.

Saranan tersebut menyusuli kematian seorang wanita berusia 65 tahun, Cik Ong Bee Eng, yang disebabkan alat mobiliti peribadi (PMD).

Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga ketua panel tersebut, menulis dalam satu pos di Facebook bahawa beliau dan anggota panel yang lain “amat sedih” berikutan kematian Cik Ong yang terlibat dalam kemalangan dengan e-skuter Sabtu lalu.

Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan Lam Pin Min berkata menerusi satu pos di Facebook bahawa Kementerian Pengangkutan telah pun menerima saranan terkini panel tersebut.

“Kami akan meneliti saranan itu dan memberikan respons sewajarnya," katanya. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian