Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel semakan Kanun Keseksaan aju 169 saranan

 , 

Sep 09, 2018 | 06:27 PM



PANEL yang ditugaskan menyemak Kanun Keseksaan Singapura telah mengemukakan 169 saranan di bawah lima kategori dengan perundangan meningkatkan perlindungan bagi golongan yang mudah terdedah kepada risiko penganiayaan antara tumpuan jawatankuasa tersebut.



Golongan lemah dan berisiko itu termasuk kanak-kanak, pembantu rumah serta mereka yang tidak dapat melindungi diri daripada dianiaya dan terabai akibat kekurangan upaya mental atau fi zikal.

Laporan setebal 500 halaman dari Jawatankuasa Semakan Kanun Keseksaan (PCRC) yang dipengerusikan bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah dan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Amrin Amin telahpun diserahkan kepada pemerintah baru-baru ini.



Sekiranya usulan mereka itu diluluskan Parlimen, perbuatan seperti rogol dalam perkahwinan dan penderaan mangsa berisiko sehingga menyebabkan kematian akan menjadi kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.



Bercakap kepada wartawan selepas satu taklimat media Jumaat lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata undang-undang yang ada sekarang dapat menangani kes dera melibatkan mangsa berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas, pembantu rumah dan mereka yang kurang upaya mental.



Namun dalam kes melibatkan penderaan buat tempoh tertentu sehingga mangsa meninggal dunia, pesalah biasanya didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan (sengaja menyebabkan kece deraan parah).



Ini kerana kes itu tidak cukup bukti untuk membuktikan bahawa pesalah mempunyai niat melakukan jenayah yang boleh didakwa dengan tuduhan menyebabkan kematian secara sengaja.



Justeru, PCRC berpendapat orang yang mendera kanak-kanak atau mangsa berisiko lain buat tempoh tertentu sehingga menyebabkan kematian juga harus bertanggungjawab seperti mereka yang dituduh menyebabkan kematian dengan sengaja menerusi perbuatan sekali sahaja.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >