Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel: Tiada salah laku dalam proses pemerolehan Muis

Apr 01, 2014 | 07:48 PM



SATU panel bebas yang ditugaskan menyiasat proses pemerolehan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tidak menemui sebarang bukti salah laku kakitangan atau kecuaian yang disengajakan oleh badan berkanun itu.


Sebaliknya, panel yang dibentuk Muis atas arahan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) itu mendapati kegagalan Muis mengikut peraturan pemerolehan pemerintah itu disebabkan "kakitangan kurang cekap dan sekitaran pemerolehan yang lemah".


Oleh itu, MCCY tidak akan mengambil sembarang tindakan ke atas Muis.


Namun, MCCY memberitahu Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) ia akan "terus memantau dengan rapat rancangan pembetulan Muis dan memastikan Muis mengikuti rancangan tersebut tepat pada masanya".


Dapatan siasatan panel itu didedahkan MCCY dalam Laporan Ketiga PAC yang dikeluarkan tadi.


Laporan 20 muka surat itu memberi perkembangan terkini mengenai beberapa kecuaian dalam hal pemerolehan oleh beberapa badan pemerintah, yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2012/13 sebelum ini.


PAC telah meminta enam kementerian - Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO), selain MCCY - memberi penjelasan berhubung kecuaian yang dikesan mereka.


Muis dikesan cuai berhubung penilaian empat tender kerja pembinaan berharga $17.38 juta apabila tujuh daripada lapan kriteria penilaian tidak didedahkan kepada bakal penender.


Muis juga memberi maklumat tidak tepat kepada penguasa yang meluluskan harga taksiran bagi lima taksiran berjumlah $140,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >