Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Panel usul pengguna PMD berusia minimum 16 tahun

Juga saran perlu lulus ujian teori sebelum tunggang di laluan awam
Sep 28, 2019 | 05:30 AM

Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) telah mengemukakan saranan terkini kepada pemerintah agar menetapkan penunggang PMD harus berusia sekurang-kurangnya 16 tahun dan lulus ujian teori sebelum boleh menunggang di laluan awam.

Saranan tersebut menyusuli kematian seorang wanita berusia 65 tahun, Cik Ong Bee Eng, yang dikatakan dilanggar alat mobiliti peribadi (PMD).

Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga ketua panel tersebut, menulis dalam Facebook bahawa beliau dan anggota panel lain ''amat sedih'' berikutan kematian Cik Ong yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah e-skuter Sabtu lalu.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, pula berkata menerusi Facebook bahawa Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima saranan terkini panel tersebut.

''Kami akan meneliti saranan itu dan memberikan respons sewajarnya,'' kata beliau.

Dr Faishal berkata pada tahun mendatang, panel tersebut akan memantau secara aktif situasi itu dan mempersiapkan industri dan masyarakat untuk menuju ke arah mewajibkan insurans pada kesemua pengguna e-skuter.

Panel tersebut turut menggesa penunggang PMD supaya berusia sekurangkurangnya 16 tahun jika mereka ingin menunggang di laluan awam.

''Mereka yang di bawah usia 16 tahun boleh terus menunggang seperti biasa jika ditemani orang dewasa,'' tambah Dr Faishal.

Panel tersebut turut menyarankan supaya pengguna e-skuter harus lulus ujian teori, dan melarang penggunaan telefon bimbit semasa menunggang kecuali jika telefon bimbit itu tidak perlu dipegang.

Bagi pejalan kaki, panel tersebut menggesa supaya satu ''kod tatalaku'' dilakukan yang boleh membantu mereka mengongsi laluan dengan selamat.

Langkah panel tersebut menyusuli permintaan yang semakin meningkat untuk melarang penggunaan PMD di laluan awam.

Petisyen dimulakan lima bulan lalu yang menggesa penggunaan PMD diharamkan telah mendapat 45,000 tandatangan sehingga pagi semalam.

Ada pihak juga menggesa supaya peraturan lebih ketat dikuatkuasakan, dan prasarana yang lebih baik diwujudkan.

Ada pula ingin melihat had kelajuan diturunkan kepada enam kilometer sejam - seperti di Eropah.

Had kelajuan yang ditetapkan buat masa ini ialah 10 kilometer sejam.

Perbincangan mengenai penggunaan PMD semakin hangat menyusuli kematian Cik Ong yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan e-skuter di Bedok itu.

Cik Ong, seorang penolong pembungkus logistik, berada dalam keadaan koma di Unit Jagaan Rapi Pembedahan Hospital Besar Changi (CGH) selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ketika pelanggaran itu beliau sedang menunggang basikalnya. Cik Ong mengalami kecederaan otak dan tulang rusuk sementara selangkanya retak.

Seorang lelaki berusia 20 tahun diberkas berkaitan kes tersebut.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian