Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pang Boon: Masyarakat Cina sentiasa utamakan kepentingan negara

Nov 13, 2015 | 08:33 AM



SUMBANGAN paling penting masyarakat Cina kepada pertumbuhan dan kemakmuran Singapura sepanjang 50 tahun lalu ialah penerimaannya bahawa kepentingan negara mesti sentiasa mendahului kepentingan kaum, kata mantan menteri Kabinet perintis, Encik Ong Pang Boon.


"Di Singapura, masyarakat Cina telah lama menyedari bahawa saiz tidak bermakna kekuatan," kata beliau pada Khamis (12 Nov) semasa melancarkan buku 50 Years Of The Chinese Community In Singapore (50 Tahun Masyarakat Cina di Singapura), lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat.


Encik Ong, 86 tahun, menjelaskan masyarakat Cina mengambil jalan tengah, bertolak ansur dan menerima kepercayaan dan amalan masyarakat minoriti.


"Walaupun tiga daripada setiap empat rakyat Singapura terdiri daripada kaum Cina, Cina Singapura sentiasa berbangga dengan kesamarataan layanan dan hormat yang diberikan kepada kaum minoriti," katanya.


Buku dalam bahasa Inggeris itu, yang dilancarkan di Kelab Ee Hoe Hean di Bukit Pasoh dan merangkumi rencana yang ditulis 17 penyumbang, mengesan bagaimana masyarakat Cina telah berkembang dan berubah sejak 50 tahun lalu dalam pertubuhan yang ia tubuhkan, isu-isu yang dihadapinya dan dalam bidang kebudayaan dan kesenian.


Bagaimanapun, satu ciri penting yang tidak dan tidak harus berubah, kata Encik Ong, ialah komitmen masyarakat Cina kepada dasar negara berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya.


Dasar berbilang kaum platform asas Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila ia ditubuhkan pada 1954 dan merupakan dasar yang disokong oleh semua rakyat Singapura, kata beliau.


Encik Ong menyifatkan kejayaan PAP terletak pada keupayaannya memanfaatkan kekuatan kededua golongan dalam masyarakat Cina, mereka yang berpendidikan Inggeris dan berpendidikan Cina, terutama pada tahun-tahun awal kenegaraan.


Beliau menjelaskan: "Sedang perkhidmatan awam berpendidikan Inggeris dibangunkan untuk menjadi salah satu perkhidmatan awam paling cekap dan bersih di dunia, warga berbahasa Cina kita menyediakan modal dan buruh yang sangat diperlukan untuk program perindustrian kita pada tahun-tahun selepas pemisahan (dari Malaysia)."


Beliau berkata PAP memenangi pilihan raya 1959 dan 1963 kerana sokongan amat menggalakkan yang diterimanya daripada masyarakat berbahasa Cina.


Buku tersebut boleh didapati di kedai buku utama pada harga $26 (kulit lembut) dan $58 (kulit keras).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >