Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panggil 999 untuk 'tempah piza'

Pegawai perhubungan kecemasan di Pusat Komand Operasi Polis (POCC) kongsi pengalaman galas tugas; terima ratusan panggilan setiap hari
Jan 25, 2021 | 05:30 AM



SETIAP hari, pegawai perhubungan kecemasan di Pusat Komand Operasi Polis (POCC), Encik Mohamed Suhaimi Ami, menerima ratusan panggilan '999'.



Namun, panggilan kecemasan ini merupakan yang paling unik pernah beliau alami sepanjang tujuh tahun menggalas tugas itu.



"Dia (Si pemanggil) telefon saya untuk pesan penghantaran piza," kongsi Encik Suhaimi, 30 tahun.



Pelik dengan respons si pemanggil, Encik Suhaimi memaklumkan kepadanya bahawa beliau sedang menghubungi talian kecemasan polis dan bukan talian penghantaran piza.



"Dia tetap nak pesan piza walaupun saya sudah beberapa kali beritahu dia ini talian 999," imbas Encik Suhaimi mengenai kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu itu.



"Kemudian, tanpa saya bertanya, dia beri saya alamatnya, seakan dia benar-benar mahu pesan piza. Dari situ, saya dapat tangkap bahawa dia memerlukan bantuan."



Dengan alamat yang diperolehi, pegawai polis dapat segera dikerahkan ke tempat kejadian untuk memberi respons, tambah bapa kepada seorang puteri dua tahun itu.



Encik Suhaimi berkata bahawa mengumpulkan maklumat panggilan kecemasan adalah perkara yang sukar, terutamanya keadaan yang meletakkan pemanggil dalam bahaya, tetapi pegawai perhubungan kecemasan telah dilatih untuk bertanya soalan kepada pemanggil.



"Ia tugas yang agak tertekan...tetapi saya terdorong untuk membantu orang yang dalam kecemasan," ujar Encik Suhaimi lagi, yang pernah menjawab panggilan kecemasan daripada individu yang berniat membunuh diri.



Sekarang, panggilan kecemasan yang diterima POCC diberi respons yang lebih berkesan dan pantas hasil keupayaan dipertingkat pusat komand itu.



Sejak dilancarkan pada 2015, POCC telah pesat maju menjadi pusat kawalan operasi Pasukan Polis Singapura (SPF).



Ia secara proaktif mengesan jenayah, mengerahkan pegawai di barisan depan dan menyokong pegawai memberi respons dengan penemuan daripada membayang senario atau 'sense-making'.



POCC kini mempunyai kumpulan membayang senario yang membentuk gambaran situasi kejadian.



Ini dilaksanakan menerusi penggunaan pelbagai alat membayang senario seperti kamera polis (PolCam), mengumpul sumber daripada orang ramai menerusi platform media sosial dan menggunakan sistem saringan.



Kumpulan itu juga menyemak semula rakaman PolCam sebaik sahaja panggilan '999' diterima dan berkongsi maklumat relevan kepada sumber di barisan depan.



Komander pengawal di POCC, Superintenden Nini Chow, berkata:



"Pusat Komand Operasi Polis dilengkapi dengan keupayaan membayangkan senario atau 'sense-making', yang menyediakan gambaran situasi lebih awal kepada barisan depan yang memberi respons. Contohnya, penggunaan kamera polis, yang membolehkan kami memahami dan membayangkan senario sebelum mengongsi maklumat yang relevan dengan sumber yang memberi respons."



Sehingga tahun lalu, terdapat sekitar 90,000 PolCam diletakkan di serata Singapura.



"Ini membolehkan komander bertugas mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai situasi kejadian supaya mereka boleh mengerahkan sumber dengan pantas dan secara berkesan untuk menangani kejadian," tambah Superintenden Chow.



Selain kumpulan membayang senario, POCC juga merangkumi kumpulan perhubungan kecemasan dan kumpulan pengawal kejadian.



Kumpulan perhubungan kecemasan terdiri daripada pegawai perhubungan kecemasan yang mengendalikan semua panggilan '999' dan laporan berasaskan kiriman mesej.



Apabila laporan jenayah diterima, pegawai pengawal dari kumpulan pengawal kejadian akan membuat penilaian maklumat yang diperolehi dan mengerahkan sumber yang sesuai ke tempat kejadian.



Selain itu, POCC kini menempatkan bersama pegawai daripada tujuh divisyen darat polis dan unit lain SPF.



Ia turut menempatkan pegawai perhubungan daripada agensi Home Team seperti Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Dalam pada itu, POCC mengatakan ia menerima 1,196,929 panggilan kecemasan tahun lalu, dengan purata lebih 3,000 panggilan setiap hari.



Daripada jumlah itu, lebih 60 peratus adalah panggilan gangguan yang bukan kecemasan.




"Dia (Si pemanggil) telefon saya untuk pesan penghantaran piza. Dia tetap nak pesan piza walaupun saya sudah beberapa kali beritahu dia ini talian 999. Kemudian, tanpa saya bertanya, dia beri saya alamatnya, seakan dia benar-benar mahu pesan piza. Dari situ, saya dapat tangkap bahawa dia memerlukan bantuan."
- Encik Mohamed Suhaimi Ami, pegawai Pusat Komand Operasi Polis (POCC)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >