Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panggilan bukan cemas, palsu berkurangan ketara Jan - Jun lalu: SCDF

Sep 13, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH panggilan bukan kecemasan dan amaran palsu ke Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkurangan ketara sepanjang separuh pertama tahun ini.



Ini kerana lebih ramai orang duduk di rumah semasa pandemik ini dan kesedaran lebih tinggi orang ramai mengenai peri penting tidak membuat panggilan 995 bagi kejadian bukan kecemasan.



Panggilan bukan kecemasan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) - bermakna perkhidmatan itu tidak diperlukan - berkurangan 15.4 peratus daripada 4,704 panggilan sepanjang separuh pertama tahun lalu kepada 3,978 panggilan sepanjang separuh pertama tahun ini.



Bilangan panggilan amaran palsu EMS - tiada pesakit ditemui - berkurangan 16.4 peratus kepada 2,674 panggilan daripada 3,200 sepanjang separuh pertama tahun lalu, menurut perangkaan pertengahan tahun SCDF yang dikeluarkan semalam.



Jumlah panggilan amaran palsu dan bukan kecemasan lebih rendah membolehkan SCDF memperuntuk sumbernya bagi mengendali kecemasan dan kejadian mengancam nyawa.



Pada 2019, SCDF respons kepada lebih 17,000 panggilan bukan kecemasan dan amaran palsu. Bilangan itu membentuk lebih 9 peratus daripada semua panggilan EMS tahun tersebut, atau secara purata, 48 panggilan bukan kecemasan dan amaran palsu setiap hari, kata SCDF sebelum ini.



Sejak 2019, SCDF telah menerapkan dasar berperingkat dalam rangka kerja EMS agar kes tidak dianggap satu kecemasan tidak dibawa ke hospital tetapi dinasihati pergi ke klinik atau menghubungi 1777 untuk menempah khidmat ambulans bukan kecemasan.



Ini agar sumber diperuntuk bagi mengendali kecemasan serius saja.



Sakit gigi, cirit-birit, batuk-batuk dan pening kepala antara contoh kes bukan kecemasan. SCDF berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai agar tidak menghubungi 995 bagi keadaan itu menerusi beberapa inisiatif.



Ia memberi respons kepada 97,485 panggilan EMS pada separuh pertama tahun ini, berbanding 96,105 bagi tempoh sama tahun lalu - meningkat 1.4 peratus.



SCDF mengendalikan 944 panggilan kebakaran pada separuh pertama tahun ini, berkurangan 0.6 peratus daripada tahun lalu.



Terdapat 513 kebakaran di kediaman awam dan privet, kurang 2.7 peratus daripada tahun lalu. Kebakaran melibatkan kegiatan memasak membentuk bahagian besar kes itu - - iaitu 188 kes - diikuti 131 kebakaran berpunca daripada sumber elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >