Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pangkalan Laut Changi akan dapat nama baru

Feb 10, 2017 | 08:00 AM



PANGKALAN Laut Changi Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) akan mendapat nama baru tidak lama lagi.



Nama kemudahan tentera laut seluas 86ha itu akan termasuk 'RSS Singapura', sempena salah satu kapal pertama RSN, lapor akhbar The Straits Times.



Nama baru itu - RSS Singapura - Pangkalan Laut Changi - akan berkuat kuasa mulai 15 Mei.



Kementerian Pertahanan difahamkan akan membuat lebih banyak pengumuman pada bulan-bulan akan datang.



Penamaan semula itu dipercayai antara inisiatif bagi memperingati ulang tahun ke-50 RSN.



RSS Singapura salah satu daripada tiga kapal pertama Angkatan Sukarelawan Laut Singapura (SNVF), yang ditubuhkan secara rasmi pada 5 Mei 1967.



Ia bekas kapal pemasang periuk api Jepun yang berlabuh di Telok Ayer Basin dan digunakan oleh SNVF sebagai ibu pejabatnya dari 1966 hingga 1968.



Dua lagi kapal ialah kapal peronda RSS Panglima dan RSS Bedok, sebuah bekas kapal peronda polis.



Nama RSS Panglima kini menjadi nama awalan bagi Pangkalan Latihan Laut Changi, yang terletak berhampiran Pangkalan Laut Changi.



Pangkalan Laut Changi dirasmikan pada 2004. Satu lagi pangkalan laut RSN terletak di Tuas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >