Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panglima kapal selam pernah ikuti program sarjana di S'pura, dianggap pemimpin semula jadi

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



KOMANDER kapal selam Indonesia KRI Nanggala 402 yang ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali, telah menamatkan program sarjananya di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).



Profesor yang mengajar Leftenan Kolonel Heri Oktavian, 42 tahun, sewaktu beliau berada di Singapura menyifatkannya sebagai pemimpin semula jadi dan anggota tentera yang teliti.



Kolonel Heri merupakan penuntut possiswazah pengajian strategik di RSIS untuk tahun akademik 2014 hingga 2015, bersama beberapa rakannya dari angkatan bersenjata Indonesia, lapor akhbar The Straits Times.



Dr Anit Mukherjee, profesor madya dan timbalan ketua pengajian siswazah di RSIS, menceritakan bahawa pertemuan pertamanya bersama Kolonel Heri adalah di padang bola dan bukan bilik darjah.



Kedua-dua lelaki itu mengambil bahagian dalam inisiatif bola sepak kakitangan dan pelajar di institusi tersebut, di mana Dr Mukherjee masih ingat lagi bahawa Kolonel Heri merupakan "jantung dan jiwa pasukannya".



Kolonel Heri menghadiri kursus perbandingan hubungan sivil-tentera Dr Mukherjee, di mana beliau berkongsi pandangan dan pengalamannya berkhidmat di angkatan bersenjata Indonesia.



"Beliau pelajar yang rajin dan berdedikasi yang fasih berbual dan mengambil bahagian. Yang paling penting, beliau rendah hati dan amat bangga dengan khidmatnya kepada negara beliau. Setelah beliau pergi, beliau mengirimkan surat selamat tinggal dan berkata beliau berharap dapat berhubung dengan kami lagi satu hari nanti dalam sekitaran profesional," tambah Dr Mukherjee.



Dr Bernard Loo, zamil kanan dan penyelaras program Sarjana Sains (Pengajian Strategik), berkata pemakaian Kolonel Heri yang membezakannya daripada pelajar lain di dalam kelas.



"Tidak kira latar belakang mereka, pelajar biasanya datang dalam pakaian santai, kasual, sama ada dalam kemeja-T atau seluar pendek bermuda, tetapi Heri akan selalu datang berpakaian seluar segak dan baju yang digosok bersama kasut kulit. Walaupun sebagai anggota fakulti, kami menegaskan agar pelajar memanggil kami menggunakan nama pertama kami, beliau akan selalu memanggil kami 'Sir' atau yang bersamaan dengan 'Pak' di Indonesia," kata Dr Loo.



Sedang kakitangan dan fakulti sedang cuba menerima kematian Kolonel Heri, Dr Loo berkata beliau masih ingat perbualan bersama bekas pelajarnya itu.



Beliau berkata: "Saya tanya Heri, 'Mengapa anda menyertai angkatan laut Indonesia?', dan beliau berkata: 'Saya jatuh cinta dengan angkatan laut dan dengan laut.' Saya ingin berfikiran bahawa walaupun pada saat terakhir, beliau meninggal dunia melakukan apa yang paling dicintainya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >