Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panglima Pasukan Pertahanan kedua S’pura meninggal dunia

Jan 01, 2020 | 04:34 PM



PANGLIMA Pasukan Pertahanan (CDF) kedua Singapura, Leftenan-Jeneral (Bersara) Ng Jui Ping, meninggal dunia pada usia 71 tahun hari ini (1 Jan).



Semasa mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang menerusi Facebooknya, Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata, Encik Ng memainkan peranan sebagai CDF dan Panglima Tentera Darat saat Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melalui perubahan transformasi.



“Pandangannya sentiasa tajam dan dan tepat. Beliau merupakan seorang pemimpin yang tertumpu pada misinya serta cekap dan berkesan,” ujar Encik Teo.



Encik Ng berkhidmat sebagai CDF dari 1992 hingga 1995.



Beliau merupakan antara sekumpulan pegawai pertama yang menyahut satu iklan pada 1966 untuk menceburi kerjaya sebagai askar perintis Singapura.



Beliau menjadi seorang usahawan selepas bersara daripada SAF pada 1995.



Menurut laman Facebook mereka semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) pula berkata Encik Ng amat menekankan usaha memimpin dengan memberi contoh yang baik sepanjang berkhidmat sebagai CDF.



CDF yang sedang berkhidmat sekarang, Leftenan-Jeneral Melvyn Ong, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >