Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panglima Tentera Darat Malaysia lawat Singapura

Feb 10, 2017 | 12:06 PM



PANGLIMA Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Haji Kassim, melakukan kunjungan ke atas Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Jumaat (10 Feb).



Jeneral Zulkiple, yang berada di sini bagi lawatan pengenalan dari 8 hingga 10 Feb, juga menemui Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Melvyn Ong, pada awal Jumaat selepas memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef.



Sebagai sebahagian daripada program lawatan beliau, Jeneral Zulkiple melawat Ibu Pejabat Divisyen Singapura Ketiga pada Khamis.



Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Mindef berkata: "Lawatan Jeneral Zulkiple menekankan hubungan pertahanan mesra dan lama antara Singapura dan Malaysia."



Ia menambah bahawa tentera dua negara ini sering berinteraksi dalam pelbagai kegiatan, yang meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua tentera.



Kegiatan itu termasuk pertukaran profesional, latihan dua hala tahunan Semangat Bersatu, dan kegiatan pelbagai hala di bawah bidang kuasa Aturan Pertahanan Lima Kuasa dan rangka kerja Mesyuarat Plus Menteri Pertahanan Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >