PEMERIKSAAN mengesan penumpang yang demam dari Timur Tengah di Lapangan Terbang Changi dan Seletar telah dimulakan semalam.
Langkah baru itu bertujuan mengenal pasti kemungkinan terdapat kes jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di republik ini, sedang negara paling teruk terjejas, Arab Saudi, semalam melaporkan lima lagi kes kematian, menjadikan jumlah angka korban Mers di negara itu kepada 168.